Bagaimana Kim Kardashian Membesarkan Punggung

Kim Kardashian merupakan seorang selebriti terkenal dari Amerika Syarikat. Dia dan keluarganya mula menempah nama di persada antarabangsa dengan kemunculan mereka dalam rancangan Keeping Up With The Kardashians!. Semenjak dari itu, kisah hidup peribadi mereka mendapat perhatian media.

Salah satu perkara yang menarik perhatian tentang Kim Kardashian ialah bentuk badannya yang langsing walaupun umurnya sudah mencecah lebih daripada 40 tahun. Ramai wanita di luar sana menganggap bentuk badan Kardashian ini adalah bentuk badan idaman!

Jadi, sebenarnya apa yang telah diamalkan oleh Kim Kardashian untuk mendapatkan bentuk badan seperti itu?

Kursus Kecergasan 2024

Dalam satu siaran di laman Instagramnya, Kim Kardashian telah berkongsi senaman-senaman yang dilakukan untuk mengekalkan kelangsingan badan. Kredit ini dapat dikembalikan kepada jurulatih kecergasan peribadinya yang cukup inovatif, iaitu Senada Greca.

Senada Greca bukanlah jurulatih kecergasan yang calang-calang. Dia adalah pengasas kepada jenama sukan shapewear, iaitu revolusi kepada kaedah bersenam yang kelihatan lebih kurang sama dengan Crossfit.

Kim Kardashian telah berlatih selama 3 bulan menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh Greca ini. Dia berlatih selama 2 jam setiap hari, seminggu 5-6 kali. Ini menunjukkan isi padu latihan bagi senaman-senaman Kardashian ini adalah tinggi. Samalah seperti Crossfit yang lebih kepada repetisi tinggi.

Good morning

Senaman pertama yang dikongsikan oleh Kardashian ialah good morning. Cara untuk melakukannya adalah dengan memposisikan barbel lurus di belakang tengkuk lalu membongkokkan dada ke depan. Pastikan belakang badan lurus. Pergerakan ini adalah untuk menguatkan otot belakang.

Kardashian akan melakukan senaman ini sebanyak 12 repetisi 4 set. Beban barbel yang digunakan oleh Kardashian ialah 15kg.

Side squat under tension

Pertama, sangkutkan tali getah di lutut. Kemudian, lakukan squat sisi. Pergerakan ini bukan sahaja akan menguatkan otot peha, bahkan otot pinggang.

Lakukan sebanyak 2 set dengan 15 repetisi.

Hip thrust under tension

Pergerakan ini juga memerlukan getah sebagai rintangan kepada pergerakan tersebut. Ini akan menguatkan punggung dengan pelvik.

Kardashian lakukan senaman ini sebanyak 4 set dengan 12 repetisi.

Goblet squat with raised heels

Latihan ini memerlukan satu keping bebab atau dumbel untuk membolehkan tumit dijengketkan. Kardashian menggunakan bebanan 10kg untuk melakukan senaman ini sebanyak 4 set 12 repetisi.

Loaded lunges

Kardashian akan menggunakan beban 10kg tadi untuk melakukan lunges bagi satu-satu kaki. Setiap kaki dilakukan sebanyak 12 repetisi 4 set.

Kesemua senaman yang disenaraikan di atas adalah senaman khas untuk membesarkan punggungnya. Ini adalah bahagian badan yang menjadikan seseorang wanita itu seksi.

Menurut siaran Instagram jurulatihnya, rata-rata senaman yang dilakukan adalah menggunakan bebanan dan senarai senamannya adalah kebanyakannya melibatkan otot-otot bawah badan.

Romanian deadlift juga merupakan antara senaman yang sering dilakukan. Pergerakan ini adalah sangat signifikan untuk membina otot dan fleksibiliti bawah badan.

Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: