Bersenam Tanpa Jaga Makan – Berhasilkah Usaha Anda?

Selain ramai yang bertanya diet dan senam, yang mana hendak mula dahulu?, ramai juga yang suka bertanya tentang ‘bolehkah senam tanpa jaga makan?’ Untuk menjawab persoalan tersebut dengan lebih jelas, kita tengok contoh menu yang biasa bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang dikatakan ‘tidak jaga makan’.

Sarapan

Roti Canai kosong 2 keping = 600 kcal

Kuah sepiring = 200 kcal

Teh tarik secawan = 200 kcal

JUMLAH : 1000 kcal

Snek Pagi

Pulut = 200 kcal

Durian = 60 kcal

Kuah = 200 kcal

JUMLAH : 460 kcal

Makan Tengah Hari

Nasi 1 cawan = 300 kcal

Ayam masak lemak 1 ketul = 110 kcal

Daging kerutuk bersama kuah = 200 kcal

Telur Dadar = 155 kcal

Sayur goreng  1 senduk kecil = 45 kcal

Sambal (berminyak) 1 sudu besar = 90 kcal

JUMLAH : 900 kcal

Minum petang

Pisang goreng = 375 kcal

JUMLAH : 375 kcal

Makan malam

Mee goreng  = 480 kcal

Ayam goreng = 330 kcal

Telur goreng = 110 kcal

Bergedil = 120 kcal

Sambal 1 sudu besar= 90 kcal

JUMLAH : 1130 kcal

Kenapa tidak boleh tidak menjaga makan?

Prinsip pengawalan berat badan adalah keseimbangan tenaga, senaman secara umum memberi pembakaran lebih kalori, walau bagaimanapun kebanyakan orang secara pratikal tidak akan mampu membakar begitu banyak kalori. Tanpa mengawal jumlah kalori, anda senang untuk makan berlebihan di mana jumlah kalori sehari tidak mustahil boleh mencecah 3500 hingga 4000 kcal.

Untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik, ia adalah hasil dari jadual senaman dan nutrisi yang sangat baik. Tidak makan dengan betul akan mengakibatkan anda tidak mempunyai tenaga untuk bersenam dengan baik, anda juga mungkin mengah ketika bersenam. Proses pemulihan dan pembinaan otot tidak berada tahap maksima kerana badan perlukan nutrisi. Usaha anda untuk menjaga kesihatan juga sia-sia kerana makan berlebihan merisikokan anda dengan pelbagai penyakit metabolik seperti diabetis, darah tinggi, kolestrol.

Can’t Out-Exercise a Bad Diet

 

RUJUKAN

  1. Out-running ‘bad’ diets: beyond weight loss there is clear evidence of the benefits of physical activity, PMID: 30563874
  2. Exercise with or without dietary restriction and obesity treatment, PMID: 8581085

Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: