Bila Masa Terbaik Bersenam?

Bila masa terbaik untuk bersenam?
Bergantung pada sasaran anda. Jika anda sasarkan turun berat, boleh bersenam di waktu pagi. Ada beberapa kajian tunjuk bersenam sebelum sarapan lebih cepat bakar lemak berbanding di masa lain. Tengok gambar rajah di bawah. Ia adalah perbandingan antara senaman di waktu pagi (biru), tengahari (hijau) dan petang (merah).
Penggunaan tenaga hampir sama. Badan kurang menggunakan karbohidrat dan lebih kepada lemak bila bersenam waktu pagi. Ada juga kajian tunjuk senaman di waktu pagi mengawal selera makan pada hari itu.
Walau bagaimana pun, jika sasaran anda untuk besarkan otot, jadi kuat atau laju, lebih baik bersenam pada waktu petang, 2 hingga 6 petang. Ketika itu, suhu badan meningkat. Otot dan tendon lebih longgar. Peningkatan suhu badan juga bantu metabolism glukosa. Ia juga dikaitkan dengan transmisi saraf yang lebih laju.
Ada kajian tunjuk, mereka yang bersenam petang bina lebih banyak otot berbanding di waktu pagi. Salah satu teori adalah badan kurang merembeskan kortisol di waktu petang. Kortisol bersifat katabolik. Ia boleh merosotkan otot. Ada beberapa kajian juga tunjuk kekuatan penunggang basikal kemuncak sekitar jam 6 petang.
Adakah bersenam lewat ganggu tidur?
Mengikut 1 meta analisa pada tahun 2018, bersenam lewat malam tak ganggu kualiti tidur. Akan tetapi, anda kena cuba dan rasa, adakah ianya mengganggu anda.
Walau bagaimana pun, jika anda tidak dapat bersenam dalam masa di cadangkan, anda boleh bersenam di masa lain mengikut kesesuaian masing-masing. Lebih baik bersenam daripada tidak buat apa-apa.
Rujukan
1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4703705/
2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22617393/
3. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20560706/
4. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17701684/
5. https://link.springer.com/article/10.1007/s40279-018-1015-0?