Bina Habit Baru

Berapa lama di perlukan untuk bina habit baru? Bagaimana buat perubahan gaya hidup kepada lebih baik? Ada masanya mungkin kita bermotivasi untuk buat perubahan. Selepas seketika, hilang keupayaan untuk meneruskan. Dah diet 3 hari, hari ke 4 hilang semangat.
Idea lama melalui buku Psycho-Cybernetics yang di tulis oleh Dr Maxwell Maltz pada tahun 1960 mencadangkan minima 21 hari. Ini berdasarkan pemerhatian beliau terhadap diri dan pesakit beliau ketika itu. Mereka boleh membentuk corak baru imej mental dalam jangka masa 21 hari. Buku ini terjual lebih 30 juta naskah.
Habit sukar diubah, terutama habit yang kita rasa selesa. Dah selesa makan makanan sedap dan tinggi kalori, tetiba nak kurangkan kalori. Otak merembeskan dopamine terdapat apa yang kita rasa seronok. Dopimine akan kuatkan sesuatu habit.
Berdasarkan kajian baru, habit boleh dibentuk dalam masa 18 hingga 254 hari, purata 66 hari. Ada orang yang sukar dibentuk, ada yang mudah. Jadi, jangan kecewa jika kita gagal mengubah diri ke arah lebih baik dalam tempoh sekejap. Cari kekuatan yang diperlukan untuk kita bertahan dalam gaya hidup baru itu.
Jangan terus buat perubahan drastik. Mula buat pengurangan sedikit demi sedikit. Gantikan sedikit demi sedikit dengan pilihan lebih sihat. Contoh, kalau ketagih gula, ganti dengan pemanis tiruan pada peringkat awal. Gantikan 1 menu daripada kesemua menu. Setiap kali nak merokok, kunyah gula-gula getah dan sebagainya.
Kalau perlu, dapatkan bantuan pakar seperti jurulatih kecergasan untuk bantu anda.