Ramadan Membantutkan Saiz Otot Anda!

(Sebelum anda menghentam saya. Baca dahulu sebagai tanda anda seorang muslim yang tidak terus ‘melenting’ tanpa mengetahui konteks sebenar artikel ini)
Sidang pembaca yang dihormati sekalian. Menjelang ketibaan Ramadan yang kian menghampiri beberapa hari sahaja lagi, maka berpusu-pusulah beberapa jemaah muslimin yang akan mendendangkan soalan yang sama setiap tahun di beberapa group Facebook. Soalan yang akan dilontarkan adalah :-
1)Bagaimana nak bulking di bulan ramadan? Saya nak nampak sado nanti ambik gambar
2) Cara terbaik nak mini cutting semasa berpuasa? Nak ootd raya ni
Hadirin dan sidang pembaca yang saya hormati,
Jika niat anda berpuasa atas asbab ingin kelihatan rupawan pada musim lebaran.
Maka lupakan sahaja hasrat anda untuk berpuasa…
Kecantikkan itu fana’ (sementara)
Inilah tujuan kita berpuasa. Ramadan adalah bulan, dimana kita perlu lupakan sebentar…
Tentang hasrat kita untuk menakluk duniawi. Kerana hakikatnya, dunia ini fana’. Dunia ini hanyalah singgahan, untuk kau dan aku meraih amal yang membawa kita kepada redho atau murka Sang Pencipta.
Kita kini telah menjadi masyakarat yang adakalanya bersikap materialistik dan menilai seseorang dari sudut fizikaliti. Hasil daripada media sosial yang mana para ‘influencer’ suka menayangkan gambar ‘OOTD raya’ dengan pakaian yang cantik dikenakan pada badan yang menawan , kita telah menjadi masyarakat ‘konsumer’ yang inginkan kecantikkan atas dasar ingin mendapat pengkitirafan manusia. Dan saya percaya, ramai diantara kita yang berpuasa sambil memikirkan cara untuk mengekalkan otot supaya dipuji oleh anak dara jiran sebelah ketika bertandang di hari raya nanti
Bukan itu tujuan kita berpuasa. Berpuasa adalah tentang ‘melupakan sejenak perkara duniawi’. Membina otot berkait dengan perkara yang melibatkan hal-hal duniawi. Adalah suatu kejanggalan jika kita semua membina otot semata- mata untuk menjadi ‘sihat’. Ianya lebih dari itu. Ada diantara kita yang inginkan dirinya diiktiraf oleh orang kebanyakkan. Ada jua yang ingin membina estetik badan atas tujuan kemaksiatan.
Warga hadirin dan sidang pembaca yang dirahmati, lupakan dahulu niat untuk membina otot atas keinginan kecantikkan. Kita terlalu bergantung dengan duniawi sehingga menjadi sedikit materialistik dan memandang fizikaliti berbanding spiritualiti. Ini memberi makna bahawa kita amat ‘mendewakan’ duniawi
Jangan Berpuasa Jika Risau….
Jangan berpuasa jika anda masih risau tentang ‘muscle loss ‘di bulan ramadan. Ianya bertentangan dengan tujuan Sang Pencipta yang memberikan puasa sebagai cara untuk kembali ke fitrah. Bukannya untuk memikiran perkara dungu sebegini.
Anda berpuasa kerana untuk melupakan hal duniawi. Anda berpuasa untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Anda berpuasa untuk kembali merenung semula kehidupan anda yang penuh dengan kesibukan duniawi sehingga melupakan kecukupan amalan untuk akhirat kelak. Anda berpuasa untuk melepaskan segala hawa nafsu yang menjadi akar kepada kemaksiatan
Anda memang silap jika anda fikir puasa untuk kelihatan lebih ramping. Puasa atas niat untuk ‘mini-cutting’. Puasa untuk dapatkan badan yang cantik agar dikagumi oleh manusia yang tidak sempurna.
Lupakan dulu niat untuk memikirkan badan yang cantik. Mulakan ramadan dengan niat untuk kembali kepada fitrah. Lakukan senaman untuk niat menjadi aktif, agar selari dengan niat untuk menjadi muslim yang sihat. Tetap lah makan secara bersederhana mengikut saranan Nabi.
*Artikel ini bukan menyuruh anda untuk berhenti bersenam. Cuma saya mengharapkan agar kita semua menyemak kembali. Merenung semula niat kita. Kerana hakikatnya, kita berada di akhir zaman yang hanya memikirkan keseronokkan duniawi.
Renungkanlah kembali. Semoga yang membaca ini dikurniakan kesihatan untuk beramal di bulan puasa ini.
**Penulisan dan pemikiran oleh penulis ini tidak mewakili Strengthsifoo secara keseluruhan. Ini hanya pandangan peribadi penulis sahaja.
Sumber
- Elliott Hulse- Ramadan KILLS GAINS (https://www.youtube.com/watch?v=AGq9t5zZzns)
Terbaik penulisan ilmiah begini dalam mencspai sesuatu.teruskan usaha anda