Kenapa Gagal?

Kenapa gagal dalam apa jua yang disasarkan? Mungkin sasar untuk kurus, bina otot, kuat dan sebagainya? Azam tahun-tahun sebelum ini dikitar semula tahun 2022? Jom kita tengok, kenapa gagal?.

1. Sasaran Tidak Munasabah. Badan sebesar gajah tetiba nak jadi super model dalam masa singkat. Kekuatan maksima 100kg, nak tambah 100kg lagi dalam masa 3 bulan. Baru bersenam seminggu, nak jadi seperti Arnold Schwarzenegger dalam masa sebulan. Disebabkan sasaran sebegini kita biasanya putus semangat dalam masa singkat sebab sedar ianya sukar direalisasikan. Bukan kata tak boleh cantik, tapi hasil penurunan yang baik adalah sekitar 1kg seminggu, bukan 10kg seminggu. Tetapkan sasaran yang realistik supaya kita tak kecundang awal.

2. Disiplin vs Motivasi. Ketahuilah, disiplin lebih penting daripada motivasi. Kita bermotivasi seketika. Ada kalanya hilang semangat. Ada kalanya berdepan tekanan, masalah hidup dan sebagainya. Jadi motivasi sekejap ada, sekejap tiada. Setkan rutin disiplin harian. Berapa kalori nak makan, berapa kali senaman seminggu, apakah rutin senaman dan sebagainya. Latih diri kita untuk disiplin, bukan semata-mata bergantung pada faktor motivasi.

3. Mudah ke laut. Ada masanya, kita akan terbabas walaupun dah berdisiplin. Kita bukan robot. Sesekali terbabas terus betulkan. Satu menu terlebih, kurangkan menu berikutnya. Jangan anggap diri kita gagal selagi belum gagal.

4. Suka cari alasan. Setiap kali makan berlebihan, bagi alasan disebabkan anak tak makan, terpaksa habiskan. Bagi alasan balik rumah emak tak boleh diet, mak masak sedap. Semuanya atas diri kita. Nak seribu daya, taknak seribu alasan.

Kursus Kecergasan 2021

5. Tiada program. Buat senaman apa? Tengok youtube, ikut kawan, bedal apa sahaja janji berpeluh. Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal. Nak berjaya dalam apa jua program, kena ada programnya. Apa jadualnya? Apa nak dibuat minggu pertama dan seterusnya? Bukan semata-mata bersenam.

6. Tak kira kalori. Konsep makan mungkin dah betul. Ikut konsep diet suku suku separuh tapi anda kena tahu setiap makanan ada kalorinya dan saiz badan setiap orang tak sama. Jadi keperluan setiap orang berbeza.

7. Hobi kumpul tip. Nampak kisah seseorang berjaya dalam misinya, terus minta tip. Dah berapa banyak kutip tip tapi tak mula-mula. Kaedah orang lain belum tentu berkesan untuk diri kita. Boleh cuba jika tip itu baik.

8. Tiada ilmu. Terkapai-kapai dalam mengejar sasaran. Ikut logik akal sendiri. Potong gula, nasi dan sebagainya. Carilah seorang guru dan belajar daripada dia. Kita daripada kecil berguru, tetiba nak buat badan terus pandai. Kalau pandai tak apa, tapi berlagak pandai.

9. Gagal sebab anda ‘diet’. Daripada sudut psikologi, mengubah kelakuan kita bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila buat perubahan drastik. Jangan letak diri dalam situasi sementara iaitu perkataan ‘diet’ yang merujuk kepada satu fasa sementara, akan tetapi buat perubahan gaya hidup kekal. Jadikan ia satu tabiat berterusan. 3 elemen penting dalam perubahan adalah kehendak diri, motivasi dan habit.

Kajian
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18342989/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3759019/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: