Bina Otot Dada dengan Dumbbell Floor Press

Anda mempunyai sepasang dumbel di rumah?

Bagus! Anda sepatutnya tidak tertinggal daripada melakukan dumbbell floor press.

Inilah senaman yang wajib dilakukan untuk mengembangkan otot dada. Kursus Kecergasan 2024

Apa yang istimewa sangat dumbbell floor press?

Pertama sekali, ia dapat mengurangkan tekanan pada bahu anda.

Sebab apa? Sebab, apabila anda melakukan dumbbell press atau bench press atas bangku, kedua-dua tangan ada dipanjangkan (extend) ke belakang badan sehingga memberi tekanan pada bahu.

Untuk meminimumkan hal ini, anda boleh lakukan dumbbell floor press.

Kesan daripada ini juga, otot dada dan trisep akan lebih terfokus ketika melakukan senaman. Ini disebabkan julat pergerakannya yang agak terhad berbanding ketika dilakukan atas bangku.

Maka, pada julat pergerakan yang terhad itu juga anda akan jadi lebih kuat. Justeru, ia membantu meningkatkan prestasi bench press anda.

Kan bagus begitu. Di gim, anda boleh fokus melatih bench press. Di rumah pula, anda boleh bantu meningkatkan prestasi tersebut dengan melakukan dumbbell floor press. Lengkap!

Ringkasnya, anda dapat menjadikan dumbbell floor press ini sebagai pembantu “kerja-kerja berat” di gim.

Macam mana nak lakukannya?

Mudah sahaja, anda hanya perlu baring di atas lantai dan posisikan dumbel sepertimana anda melakukan dumbell press biasa.

Cuma, anda dua posisi kaki yang anda perlu perhatikan betul-betul.

Pertama, posisi kaki lurus.

Kedua, posisi kaki melengkung.

Kedua-dua posisi ini adalah betul.

Cuma, sekiranya anda mahu menguatkan otot teras badan, kaki lurus adalah pilihan yang betul. Namun demikian, jikalau anda ada sakit belakang, elok untuk melengkungkan kaki.

Asasnya, kedua-dua posisi ini adalah betul.

Kesimpulannya, dumbbell floor press adalah satu senaman yang membantu menguatkan otot dada dan trisep anda di rumah. Ia mudah dilakukan kerana anda hanya perlu baring di atas lantai.

Salah satu kelebihannya adalah ia membantu meningkatkan prestasi bench press anda.

Selamat bersenam!

Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: