Kelebihan Berjoging Atas Pasir

Ketika anda bercuti di pantai seperti Port Dickson dan sebagainya, anda juga boleh meningkatkan kesihatan badan dengan berjoging di tepi pantai.
Berjoging di tepi pantai dapat memberi anda manfaat yang sangat banyak berbanding berjoging di atas tar dan lain-lain.
Apakah manfaat-manfaatnya?
- Lebih banyak kalori terbakar
Terdapat satu kajian pada tahun 2014 membandingkan aktiviti berjoging atas pasir dan atas lantai rata. Kajian tersebut mendapati berjoging di atas pasir memerlukan lebih banyak tenaga.
Lebih banyak tenaga sama dengan lebih banyak kalori terbakar. Ini bermakna, berlari di atas pasir seakan-akan memberi anda jalan pintas untuk membakar lemak dalam masa yang lebih singkat.
- Kurang tekanan pada tumit, lutut dan pinggang
Disebabkan permukaan pasir itu lembut, maka ia tidak memberi tekanan sangat pada tumit, lutut dan pinggang anda.
Dengan itu, kuranglah risiko untuk anda tercedera pada bahagian-bahagian berkenaan.
- Meningkatkan kestabilan teras badan
Apabila permukaan tidak rata seperti pasir, maka seluruh badan kita akan bekerja dengan lebih keras untuk menstabilkan ia.
Disebabkan itu juga, ia memerlukan lebih banyak tenaga. Hasilnya, lebih banyak kalori yang terbakar seperti yang dinyatakan dalam isi nombor satu.
- Pemandangan yang lebih baik
Perubahan itu bagus. Jangan hanya bersenam di satu tempat, kita perlu tukar untuk menikmati suasana yang berbeza. Kepelbagaian itu bagus untuk mental kita.
Apabila kita bersenam, kita bukan sahaja bertarung secara fizikal, bahkan mental juga.
Pemandangan yang indah akan melekakan kita daripada kepenatan yang dirasai ketika bersenam.
Ringkasnya, amalkanlah berjoging atau bersenam di tepi pantai. Ia memberi motivasi yang baharu agar kita terus mencabar badan kita daripada kebiasaan.
Rujukan
- Beach Running. https://www.healthline.com/health/fitness/beach-running#benefits
- The 5 Benefits of Beach Running. https://www.runrocknroll.com/news_article/show/1135109
- Running on the Beach. https://www.runtastic.com/blog/en/benefits-of-running-on-the-beach/