Borak-borak Zaki Khan Siri 11

Menurut kajian terdapat lebih 600,000 perokok sekunder yakni yang tidak merokok tetapi duduk disamping perokok mati setiap tahun di seluruh dunia. Daripada jumlah itu, 165,000 adalah kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuat tinjauan dari 192 negara pada tahun 2004 dan mendapati bahawa 40 peratus daripada kanak-kanak sentiasa terdedah kepada asap rokok berbanding 33 peratus lelaki dewasa dan 35 peratus wanita dewasa. Tembakau membunuh kira-kira 5.7 juta orang di seluruh dunia setiap tahun.5.1 juta daripada perokok dan 600,000 daripada perokok sekunder. Terdapat lebih 1.2 billion perokok di seluruh dunia.

Kursus Kecergasan 2024

Di Malaysia, saya sering melihat bapa yang merokok depan anak-anak mereka yang masih kecil. Apakah mereka ini tidak sayang anak? Buat anak pandai, jaga anak tak pandai. Saya marah betul bila bercerita pasal perokok, rokok, dan isu-isu yang berkaitan dengannya.

Beberapa hari ini saya bercuti sebentar dari menulis. Banyak kerja tersusun sebelum menyambut Ramadhan ini. Minggu depan, insyAllah saya akan masuk topik berkenaan kecederaan sukan. Atau mungkin anda ada idea, entri-entri yang mungkin saya tak sempat masukkan atau mungkin tak berapa difahami?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

25 thoughts on “Borak-borak Zaki Khan Siri 11

  1. mungkin bro boleh mengola kn bab diet d bulan ramadhan ni secara terperinci atau lbh detail, tq…

  2. bro btl ke klu merokok blh menyebabkan pembesaran otot lambat tuk org yg nak bina otot??

    1. bila huraikan balik pasal rokok,
      rokok akan menyebabkan salur darah menyempit.
      salur darah sempit vs salur darah besar, yg mana akan bawa nutrisi dgn cantik? nak besarkan otot perlukan nutrisi.
      tu 1 kes
      byk menyebabkan lain lg

  3. salam dato..
    saya seorg pemain basketball..
    boleh x dato senaraikan beberapa latihan n workout yg perlu dilakukn untk mendptkn lmptan yg tinggi..
    kalau dato tdak kbrtan n ade mase nt tlg email kt sy..hehehe
    tq sngt2 dato

  4. askum tuan,

    klu blh tuan detail dan huraikan tentang latihan kuasa, entri yg tuan masukkan hari tu masih tidak berapa faham..

    1. wkum. part yg mana tak faham tu? mmg entri ari tu x berapa detailkan lg. cuma masukkan pengenalan dahulu.

  5. nk taye klau sye bhenti main gym time puasa hinga bulan 12 ape yg jdi dgn sye ye strengh sye..sye thun ni spm

    1. strength akan drop dlm jangka masa 5 hari x train, n muscle original’ akan amik masa utk drop berbanding muscle ‘tak-ori’. kalau boleh maintain train walaupun kat rumah. exam2 gak, apa salahnya bersenam

  6. salam dato’..saya nak tanye sal magic pink..sama ada non kosher/halal atau sebaliknya..sebab ade yg kata x halal..betol ke??

    1. wasalam. saya xnak attack sesuatu supplement secara direct. sapa yg sahkan ianya halal?

      1. Muhammad Arhan Firdaus Bin Nasir says:

        saya ade baca dalam link USPlabs Forums..

  7. ape mksud otot original dgn muscle tak ori??

    1. tu istilah yg kitaorang guna pakai utk bezakan otot dgn steroid n otot natural. 😀

  8. Muhammad Arhan Firdaus Bin Nasir says:

    saya ade baca dalam USPlabs forums..

    1. dlm forum tu apa saya nampak, cuma berdebatan antara ahli forum. bukan jawapan pihak company

  9. aslmkm tuan.boleh muatkan entri berkenaan mandi malam.ade yg ckp paru2 berair.tp ade terbace artikel yg org luar buat research paru2 berair bkn sebab mandi mlm.tringn nak tahu;)

      1. tuan,nti jgn lupe bls soalan sy kt entri pasal kesan sampingn steroid;)

        1. owh, soalan pasal danabol, ok dah jawab. kalau perlu jawapan extra, bgtau

Leave a Reply to daud Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: