Cabaran Tsunami Perak: Hari Tua Lebih Baik

Tahukah anda akan tiba gelombang silver tsunami dalam beberapa dekad akan datang yang akan memberi impak yang signifikan kepada masyarakat. Selain ia memberi perubahan kepada demografi masyarakat yang akan merubah ekonomi dan tenaga kerja. Ia juga akan memberi tekanan terhadap sistem kesihatan yang meningkatkan permintaan terhadap layanan perubatan, kos rawatan dan ubat-ubatan.

Apakah yang dimaksudkan tsunami perak

Istilah ‘silver tsunami’ adalah merujuk kepada penuaan populasi atau lonjakan besar dalam jumlah orang yang memasuki usia emas, terutama di kalangan negara-negara maju. Ini terjadi ketika generasi besar, seperti baby boomer, mencapai usia bersara atau masuk ke tahap lanjut usia dalam jumlah beramai-ramai. Dengan peningkatan jangka hayat, kejadian penyakit berkaitan usia kronik juga meningkat. Satu cabaran paling besar, apabila ramai diantara kita mengganggap ‘wajib sakit bila tua’. Adakah ia benar?

Kursus Kecergasan 2024

Punca perubahan demografi

1- Peningkatan populasi warga emas

Akan mencatat sejarah apabila orang berusia 65 tahun ke atas melebihi jumlah kanak-kanak di bawah lima tahun. Malaysia sendiri mengalami transisi dari masyarakat tua kepada masyarakat sangat tua dalam beberapa dekad mendatang. Di Malaysia sendiri dianggar 20% dari jumlah penduduk adalah sangat tua. Ini berpunca dari kemajuan teknologi dalam bidang perubatan untuk memanjangkan jangka hayat.

2- Penurunan populasi muda

  • Kadar kelahiran rendah
  • Masalah kesuburan
  • Kahwin lewat
  • Gaya hidup
  • Kos sara hidup yang tinggi

Cabaran Tsunami Perak

1- Tempat tinggal

Sebelum ini kediaman bersama antara generasi adalah perkara biasa jadi penjagaan orang tua adalah dari ahli keluarga yang tinggal bersama di rumah yang sama. Tetapi situasi hari ini, kebanyakan keluarga telah berubah kepada keluarga kecil di mana anak-anak memilih untuk tinggal sendiri. Tidak mustahil lebih banyak rumah orang tua diperlukan pada masa akan datang.

2- Sumber kewangan

Sokongan kewangan untuk hari tua juga menjadi kebimbangan terutama pada golongan warga emas wanita yang merupakan populasi warga emas lebih tinggi. Ini disebabkan ramai wanita tidak berkerja, bekerja di sektor tidak formal atau bekerja sendiri. Golongan wanita juga lebih memilih untuk pencen awal. Selain itu, ramai yang tidak dilindungi oleh skim persaraan yang mencukupi termasuk disebabkan telah banyak mmebuat pengeluaran  KWSP, mengikut data hanya 3% boleh berpencen dengan selesa.

3-  Kemudahan Hospital dan Sokongan sosial

Sisi bagus tsunami perak dalah masyarakat hidup lebih lama, tetapi dari sisi tak bagus ‘populasi tua’ ini memerlukan penjagaan khusus terutama mengalami masalah kesihatan atau kesukaran dalam aktiviti harian. Permintaan terhadap sistem perubatan jangka panjang akan melonjak, dan akan menekan jika dana perubatan semakin berkurang.

Persediaan Hari Tua

1. Gaya Hidup Sihat

Mulakan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, protein berkualiti, serta mengelakkan makanan tinggi lemak dan bergula berlebihan. Amalkan senaman secara berkala untuk membantu memelihara kesihatan jantung, tulang, dan otot serta awet muda.

2. Jaga Kesihatan

Jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Berat badan yang berlebihan pada usia tua juga boleh membawa risiko kepada kesihatan. Mengekalkan kadar lemak badan yang sihat adalah sangat penting. Jika merokok, berhenti. Merokok berkait rapat dengan pelbagai penyakit kronik.

3. Penjagaan Kesihatan Mental dan Emosi

Kawal Stres dengan teknik penenangan seperti meditasi, yoga atau aktiviti yang menenangkan boleh membantu mengurangkan tahap stres. Cara yang baik cari hobi atau aktiviti yang memberi kepuasan dan kegembiraan, serta aktif dalam aktiviti yang membina minda. Teruskan pembelajaran sepanjang hayat dengan banyak membaca, belajar perkara baru, atau menyertai aktiviti yang menggalakkan fikiran aktif. Ini boleh membantu mengekalkan kecergasan mental.

4. Hubungan Sosial

Pelihara hubungan sosial yang positif untuk kesihatan mental yang baik. Dapatkan sokongan keseimbangan emosi dengan bersosial dari keluarga dan rakan-rakan Hubungan yang rapat dengan keluarga serta komuniti dapat memberi sokongan emosi dan mental yang penting.

5. Sistem Pencen dan Perancangan Kewangan:

Pastikan persediaan kewangan untuk persaraan dan perbelanjaan kesihatan diusia tua.

KESIMPULAN

Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan yang berterusan, dan sokongan sosial yang baik, anda boleh meningkatkan peluang untuk menuju kepada usia tua yang sihat dan bertenaga. Tetapi untuk mencapai matlamat ini, kita perlu menggalakkan gaya hidup penuaan holistik dan sihat dengan campur tangan pelbagai pihak.

RUJUKAN

  1. The Silver Tsunami, PMID: 26819994

  2. Are malaysians ready for the silver tsunami?
  3. How to care for an aging nation. Start with educating the educators, PMID: 12683304

  4. Are We Ill Because We Age, PMID: 31956310

  5. Who cares for older adults? Workforce implications of an aging society, PMID: 12224911

Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: