Capati Untuk Kurus?

Betul ke capati sesuai sebagai alternatif kepada nasi dalam diet menurunkan berat badan? Ramai mencadangkan supaya nasi digantikan dengan capati.
Makanan ruji masyarakat Malaysia tak kira kaum Melayu, Cina, India atau lain-lain adalah nasi. Ia sudah sangat sinonim dengan kita. Antara penyebab adalah kita merupakan pengeluar beras dan pengimport. Ianya mudah didapati dan murah.
Nasi seringkali disalahertikan sebagai makanan tidak sihat. Ramai beranggapan nasi adalah makanan yang menyebabkan seseorang itu obesiti.

Capati adalah sejenia roti yang tidak beragi. Perkataan capati dalam bahasa India membawa maksud “leper bulat”. Capati diperbuat daripada tepung gandum yang telah ditambah garam, minyak masak dan air.
40 gram beras menghasilkan satu cawan nasi dengan 138 kalori. Manakala 1 keping capati seberat 40 gram adalah 136 kalori. Sebenarnya tak banyak beza antara keduanya. Kalau saya, 1 keping capati tak cukup.
Bila makan nasi, kebiasaanya kita akan tambah pelbagai lauk lain. Lauk ini akan tambah nilai kalori. Berbanding capati yang dihidangkan dengan kuah dal atau kari. Pilih kari tanpa santan untuk menjimatkan kalori. Ada juga yang masak capati guna minyak sapi menyebabkan kalori bertambah.
Tak kira capati atau nasi, anda kena kira kemasukan kalori dalam diet anda.