Cara-cara untuk mengatasi masalah “Skinny Fat”

 

“Skinny Fat” menggambarkan orang yang kurus dengan lemak badan yang berlebihan. Ia bukan istilah perubatan, tetapi suatu panggilan merujuk kepada seseorang yang kelihatan kurus jika memakai pakaian tetapi hakikatnya mempunyai lemak yang agak tinggi dan jisim otot yang kurang. Ramai orang yang menghadapi masalah ini tetapi tidak tahu cara untuk mengatasinya. Mari kita rungkai apa punca masalah ini terjadi dan cara untuk mengatasinya.

 

 

Kursus Kecergasan 2024

 

 

Punca “Skinny Fat” berlaku

  • Kurang aktiviti fizikal
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Merokok
  • Pengambilan alkohol

 

Cara mengatasi masalah “Skinny Fat”

  1. Cuba memperbanyakkan aktiviti “NEAT”

    Kadang-kadang “Skinny Fat” boleh terjadi disebabkan oleh tidak aktif untuk kebanyakan aktiviti harian. “NEAT” adalah singkatan kepada “Non-Exercise Activity Thermogenesis”, dan ia merujuk kepada sebarang aktiviti fizikal yang membuatkan anda bangun dan bergerak.

  2. Membuat latihan bebanan dengan lebih kerap

    Membuat latihan bebanan secara kerap akan membantu untuk menambah jisim otot dalam badan. Ianya juga secara langsung dalam meningkatkan metabolisme badan dan akan membakar lebih banyak lemak ketika badan berehat. Mulakan dengan membuat latihan bebanan untuk keseluruhan badan untuk menambah jisim otot secara seimbang.

  3. Makan lebih banyak protein

    Dengan pengambilan protein yang tinggi, ini dapat memastikan pemulihan otot yang maksima dan membina otot yang berkualiti. Rekomendasi pengambilan protein yang cukup ialah, 1.2g-2.2g per kilogram daripada berat badan anda setiap hari.

  4. Memastikan melakukan kalori defisit yang sederhana

    Kalori defisit yang terlalu banyak akan membawa risiko untuk membakar otot daripada lemak untuk mereka yang mempunyai masalah “Skinny Fat”. Kalori defisit yang sedikit atau sederhana adalah kunci untuk membakar lemak dan mengunakannya sebagai tenaga. Anda disarankan untuk melakukan defisit sebanyak 300-500 daripada keperluan kalori harian anda.

  5. Dapatkan lebih banyak tidur

    Tidak mendapat tidur yang cukup adalah salah satu faktor otot anda tidak membesar dengan baik. Memastikan mendapat tidur 7 jam hingga 9 jam sehari akan membantu membina otot yang lebih berkualiti dan pembakaran lemak semasa berehat dengan lebih banyak. Ianya juga dapat meningkatkan tenaga dan kekuatan semasa mengangkat bebanan. Penting juga untuk memastikan supaya anda mendapatkan tidur yang berkualiti.

  6. Mendapatkan rutin yang boleh anda ikuti secara konsisten

    Penting untuk membuat rutin harian yang anda boleh ikuti secara konsisten supaya mendapat hasil yang maksima. Elakkan untuk mengikuti rutin yang keterlaluan dan memilih rutin yang ringkas tetapi efektif.

 

Rumusan

Akhir sekali, masalah “Skinny Fat” adalah rumit untuk ditangani tetapi dengan usaha yang tinggi dan cara yang betul ianya adalah tidak mustahil untuk diselesaikan. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjalani proses yang ada dan bersemangat untuk menjadi versi anda yang terbaik daripada sebelum ini.

 

 

Rujukan

  1. https://www.transparentlabs.com/blogs/all/how-to-get-rid-of-skinny-fat?srsltid=AfmBOopps91gWm4GiXqkik_neUoNnPktY7zJ_fCTJgZgFZKaPOK4XY4d
  2. https://www.jumpropedudes.com/blog/how-to-fix-being-skinny-fat/
  3. https://www.artofmanliness.com/health-fitness/health/what-to-do-if-youre-skinny-fat/
  4. https://www.medicalnewstoday.com/articles/skinny-fat#definition
  5. https://www.wikihow.com/Get-Rid-of-Skinny-Fat
Amirul Zubri

Amirul Zubri

Amirul Zubri ialah Jurulatih Kecergasan bertauliah. Beliau mempunyai minat mendalam dalam sukan kekuatan dan bina badan. Harapan beliau dapat memberi ilmu pengetahuan dan motivasi terhadap kepentingan membina otot dan membina kekuatan badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: