Liver King Kantoi Guna Steroid

Persona TikTok yang dikenali dengan nama Liver King atau nama sebenarnya Brian Johnson disebabkan dakwaannya buat badan secara semulajadi dengan makan organ mentah seperti hati, testis binatang dan sebagainya kantoi menggunakan steroid setelah menafikannya berbulan-bulan.

E-mailnya bocor menunjukkan penggunaan HGH mencecah USD 12 ribu sebulan. Beliau memiliki sekitar 5 juta pengikut melalui TikTok, Instagram dan Youtube berjaya buat duit dengan penjualan makanan tambahan. Akhirnya beliau tampil dengan pengakuan menggunakan steroid disebabkan masalah keyakinan diri.

Kursus Kecergasan 2021

Ia dibongkarkan oleh Youtuber More Plates More Dates dengan menunjukkan e-mail pembelian hormon omnitrope. Selain itu, Liver King juga menggunakan testosterone cypionate, deca-durabolin dan winstrol. Dalam video Youtubenya, dia mengaku menggunakan 120mg testosterone seminggu.

Ini bukan kes pertama persona media sosial kantaoi menggunakan steroid. Kita sebagai netizen perlu bijak menilai juga. Kalau nampak seperti tidak logik, jangan percaya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: