Kekal Diet Ketika Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri

1- Pilih Menu Lebih Sihat
Dalam merancang menu, adalah sangat baik kita mengutamakan menu yang lebih sihat seperti laksa, nasi kerabu bersama ayam bakar dan jika perlu membuat pemilihan antara menu seperti antara ketupat dan lemang, pilih ketupat kerana ketupat lebih kurang kalori. Kawal juga jumlah kalori dari sumber lemak seperti dari kuah, pilih makanan lebih rendah kalori seperti bihun sup, soto berbanding mee kari atau kuah lodeh. Selain itu, kita juga boleh membuat menu yang biasa cuma cara masak lebih sihat seperti rendang, kari dan kuah masak lodeh tanpa tumis. serta boleh juga gantikan santan dengan yogurt.
2- Gunakan pinggan kecil

3- Sediakan air sejuk atau air infused

4- Tambah Menu buah-buahan

5 - Potong saiz kecil
Potong makanan kecil-kecil contoh kek dan puding (bites size), juga sediakan makanan seperti biskut dalam saiz kecil. Kebanyakan tetamu sekadar ingin merasa, jadi mereka boleh merasa dalam kuantiti yang sedikit. Potongan besar juga menyebabkan risiko makanan yang tidak habis bersusun tepi pinggan.

6 - Tiada Kalori

KESIMPULAN :
Sebagai kesimpulan, sebagai individu yang ingin menjaga berat badan dan kesihatan perlu mengamalkan diet sepanjang masa kerana kita akan kerap berhadapan situasi menerima jemputan jamuan dan kenduri-kendara. Cheat day boleh dijadikan sebagai pilihan tetapi risiko cheat day akan jadi sangat kerap disebabkan tiada ilmu mengawal makanan. Meraikan hari raya dengan makanan sihat akan memberi kegembiraan dan diet lebih lestari jika dibandingan dengan diet ketat. Ia juga dapat menjaga adab sebagai tetamu dan tuan rumah juga seronok menyediakan juadah. Jadi diet hanya perlu makan dengan betul.
RUJUKAN
-
Healthy food choices are happy food choices: Evidence from a real life sample using smartphone based assessments, PMID: 29213109
- Controlled testing of novel portion control plate produces smaller self-selected portion sizes compared to regular dinner plate, PMID: 28775849
- Feasibility of parents promoting fruit-infused water to reduce preschool children’s sugar-sweetened beverage consumption, PMID: 35289221