Diet Ketagonik

Salah satu contoh diet yang biasa diamalkan, ialah diet ketagonik iaitu diet tanpa/rendah karbohidrat dan tinggi protein. Tapi adakah anda bakar lemak dengan diet ketagonik? Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa otak kita memerlukan 150 g karbohidrat dan 2000 liter oksigen untuk otak berfungsi sepenuhnya. Apabila kita mula kurangkan karbohidrat, badan kita akan mula memberi signal memperlukan karbohidrat, mula merasa lapar dengan merembeskan hormon ghrelin.

Selepas 4 hari badan mengamalkan diet tinggi protein ini, baru otak akan mula menerima ketidakhadiran karbohidrat. Keton akan dirembeskan dan menukarkan badan ke mood ketosis. Pada ketika ini baru badan akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga tetapi dengan syarat. Apa syaratnya? Badan memerlukan lemak untuk membakar lemak. Seringkali kita dengar pasal makan lemak untuk bakar lemak tapi rasanya tak ramai yang faham sebabnya. Tapi lemak apa? bukan makan kulit ayam, tp makan lemak yang bagus. Akan dikupas dalam topik-topik akan datang.Kursus Kecergasan 2024

Berapa sekurang2 keperluan protein dan lemak untuk proses ketosis ini? Badan kita memerlukan sekurang-kurang 1 g protein untuk 1 lbs berat badan dan 0.75 g lemak yang bagus. Kita juga memerlukan sumber karbohidrat daripada sayur-sayuran, kebanyakan sayur-sayuran tinggi kandungan fiber. Fiber tidak dapat dihadam oleh badan manusia.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

5 thoughts on “Diet Ketagonik

  1. Salam bro, tolong detailkn lagi pasal diet ni…sangat menarik untuk diketahui…

  2. Your blog is undoubtedly worth a read if anybody comes across it. Im lucky I did because now Ive got a whole new view of this. I didnt realise that this issue was so important and so universal. You undoubtedly put it in perspective for me.

  3. Asslam dato..adakah dengan diet tanpa karbo boleh hilang kn belly fat??

Leave a Reply to ShahRukh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: