Diet Atkin

Apa itu diet atkin? Diet atkin agak popular juga di Malaysia. Diet Atkin secara amnya adalah diet rendah karbohidrat tinggi protein yang dicipta oleh Robert Atkins melalui pembacaannya di Journal of the American Medical Association yang diterbitkan oleh Gordon Azar dan Walter Lyons Bloom. Aktin mengatakan bahawa dia menggunakan jurnal itu untuk menurunkan berat badannya. Dia kemudian mula menulis buku Dr Atkin’s Diet Revolution pada tahun 1972 dan Dr Atkin’s New Diet Revolution.

Bagaimana Diet Atkin Bekerja?

Diet Atkin tidak membenarkan kemasukan karbohidrat supaya badan membakar lemak daripada glukosa sebagai sumber tenaga. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Proses ketosis bermula apabila kadar insulin sangat rendah. Kadar insulin rendah kerana kadar glukosa darah darah. Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa otak kita memerlukan 150 g karbohidrat dan 2000 liter oksigen untuk otak berfungsi sepenuhnya. Apabila kita mula kurangkan karbohidrat, badan kita akan mula memberi signal memperlukan karbohidrat, mula merasa lapar dengan merembeskan hormon ghrelin. Selepas 4 hari badan mengamalkan diet tinggi protein ini, baru otak akan mula menerima ketidakhadiran karbohidrat. Keton akan dirembeskan dan menukarkan badan ke mood ketosis. Kursus Kecergasan 2021

Diet ketagonik bergantung pada respon insulin. Disebabkan ketidakhadiran glukosa, insulin tidak dirembeskan. Kadar glukosa darah harus turun menjadi kurang dari 3.58 mmol/L untuk badan merembeskan hormon tumbesaran, epinephrine dan glukagon untuk metabolisme tenaga daripada lemak. Hormon tumbesaran dan epinephrine akan merangsang trigliserol untuk dipecahkan ke bentuk asid lemak bebas. Asid lemak bebas akan ke hati dan otot untuk proses pengoksidaan dan dalam masa sama memberi asetil-CoA masuk ke kitar kreb.

Glukagon dihasilkan ketika glukosa darah terlalu rendah. Hati mula memecahkan glikogen menjadi glukosa. Bila tiada lagi glikogen, hati mula menukarkan lemak menjadi asid lemak bebas. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Secara teoritikalnya, ini la cara diet atkin berkerja. Diet ini memaksa badan mengunakan lemak sebagai sumber tenaga dengan pemakanan makanan tinggi protein dan sangat rendah karbohidrat. Bermacam kontroversi timbul disebabkan diet atkin ini. Diet Atkin kurang mendapat sambutan bila diperkenalkan.

Pelan Diet Atkin

Diet Atkin dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

1. Permulaan (Induction)
2. Penurunan Berat Badan Berterusan (Ongoing Weight Loss)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime maintenance

Permulaan adalah peringkat terpenting dalam diet atkin. Permulaan biasanya mengambil masa dua minggu dan boleh mencecah hingga dua tahun. Selama tempoh permulaan:

– Elak semua jenis karbohirat termasuk nasi, mi, mihun, spagetti, roti, segala jenis gula, buah-buahan, segala bentuk kacang, kentang. Pendek kata semua jenis karbohidrat.
– Boleh makan: Makan ayam panggang, steam, sup, goreng kosong, ikan, daging, udang, sayur hijau, keju cheffar, mozarella, parmesan, air kosong, daging burger, makanan tambahan seperti vitamin, minyak zaitun, omega-3.

Sarapan, makan tengahari, makan malam sebelum pukul 9 malam. Had sehari 20g karbohidrat. Kebanyakan makanan mengandungi karbohidrat walaupun kandungan utamanya protein. Tahap permulaan diteruskan lebih daripada dua minggu jika penurunan berat badan sangat perlahan. Tahap Penurunan Berat Badan Berterusan diteruskan dengan penambahan sehingga 25g karbohidrat sehari. Tahap Pre-maintenance dan Lifetime maintenance diteruskan dengan cara yang sama, cuma mengubah toleransi karbohidrat dengan perbezaan 5g sehari seminggu.

Secara peribadi, saya takut tengok cara Atkin ini. :D. Saya tidak pernah buat diet atkin dan tak pernah mengajar sesiapa untuk buat. Saya pelik apabila ada orang cuba menaikkan nama Atkin ini di Malaysia sedangkan Atkin kurang mendapat sokongan di Amerika. Kenapa? Apa yang mencetuskan kontroversi?

Kontroversi

Banyak pakar kesihatan berpendapat bahawa diet atkin ada banyak kelemahan. Antaranya, Robert H. Eckel seorang doktor perubatan dan pengarah di pusat penyelidikan umum klinikal di University of Colorodo Health Sciences Center di Denver bersetuju bahawa diet atkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi dalam masa sama boleh menyebabkan sakit jantung. Diet ini juga dikatakan berpotensi merapuhkan tulang dan juga boleh merosakkan hati dan buah pinggang dengan kemasukan protein yang tinggi.

Gail Frank, PhD daripada American Dietetis Association juga mengatakan kebimbangan tentang diet atkin ini dengan mengatakan bahawa badan kita memerlukan sekitar 150g karbohidrat sehari untuk badan dan otak berfungsi dengan baik, jika tidak aktiviti pembakaran pasti terganggu. Frank berkata bahawa otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik dan memakan masa yang lama untuk memecahkan lemak dan protein untuk sampai ke otak.

Seorang penulis, Barbara Rolls, PhD yang juga ketua di Guthrie Chair in Nutrition di Penn State University berkata bahawa tiada siapa pernah menunjukkan kebaikan diet atkin jika dibandingkan dengan pengurangan kalori.

Terlalu banyak yang membantah diet atkin ini dan sehingga kini, diet atkin belum terbukti berkesan. Rata-rata bersetuju bahawa diet atkin yang tinggi protein, tinggi lemak boleh menyebabkan beberapa masalah termasuk sakit jantung. Disebabkan hal ini, diet atkin kurang mendapat sokongan walaupun Atkin ada peminatnya sendiri. Saya pernah duduk dengan kumpulan fitness specialist di Malaysia, bila bertanya tentang diet atkin, ada seorang sahaja bersetuju dan yang lain membantah.

Jika tanya pendapat saya, saya tidak menggalakkan diet atkin digunakan. Untuk membakar lemak dan menjalankan fungsi badan sepenuhnya perlukan kehadiran karbohidrat. Kenapa perlu menyekat rasa nikmat makan karbohidrat? :D. Diet tarbaik pada saya, adalah menurut piramid pemakanan. Saya kira ramai yang bersetuju dengan piramid makanan.

Memahami bagaimana fungsi sistem badan dan kepentingan karbohidrat di laman

Sistem Tenaga 1
Sistem Tenaga 2
Sistem Tenaga 3

Sambung ke
Atkin Melanggar Hukum Tabii Manusia
Bakar Lemak Dengan Karbohidrat
Pakar Membidas Atkin

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

50 thoughts on “Diet Atkin

  1. terima kasih kerana berkongsi dato

  2. hope sedikit sebanyak membantu. ramai yg bertanya pasal diet atkin ni

  3. nurfatihah says:

    dato, terima kasih atas info ni. mcmana ngan south beach diet. pernah terbaca gak

  4. ZK, boleh tgkkan diet sy x?

  5. Zaki Khan says:

    kalau berkesempatan, nanti saya cuba ulas pasal south beach diet

  6. This information is very interesting, I really enjoyed, I would like get more information about this, thanks for sharing!

    1. Heyo So, I’m 16 years old and I’m about 5 1 (which seriously sucks, cause being short autlmaticaloy makes me look pudgy :\)ANYWAY, I’m 52-53 kg at the moment but I used to be heaps heavier last year. I went on the Dukan diet, but didn’t really follow it after the attack phase but even then I dropped from 65kg to 56kg in about 3 weeks which was pretty awesome And then I’ve dropped the weight from 56 to 52-ish little by little. Anyway my goal weight would be 45kg and I REALLY, REALLY REAAALLLYYY want to get to that in time for summer (Australia summer) and since I’m getting my dress made for my school ball in December I want to be 45 or less by then.I would go on the Dukan diet again, but honestly I have NO motivation and my mum read that it was unhealthy so she’ll probably hang me if I go on it again Anywayyyy after this massive description I was wondering if you guys know of any diets that can help you lose weight pretty fast (I’m not the type that has the motivation/patience to eat five fruit and veg and healthy portions and la di da)But please, do keep in mind that I’m not looking for a diet where you can only eat like 400 calories a day- I’m not trying to get an eating disorder haha BUT ANYWAY IN SHORT: Fast, effective diet to lose 8-10kgs in about 1-2 months? THANK YOUUU

  7. Zaki Khan says:

    i will try post more later

  8. Tun Ehjad says:

    Trimas dato atas penjelasan ini.. Dah lama sy cari penjelasan tentang atkin yg jelas.. Sy pernah try atkin utk 2 bln tp tiada hasil. Sekarang sy hny membuat pembacaan kalori dan diet sesuai utk sy sy boleh makan. semua (dgn kawalan) tp dlm masa sama sy masih trun berat badan..

  9. dah ramai yg amalkan atkin dah ramai yg berjaya tanpa dpt side effect sakit jatunng ke apa ke. mcm mana pula boleh ckp diet atkin ni belum terbukti berkesan?

      1. ramai je.. termasuk saya.. Alhamdulillah.. Allah masih, malah meningkatkan kesihatan saya.. ada kelab Atkins.. di Malaysia mahupun luar Malaysia.. setakat ni Alhamdulillah masih belum ada rakan2 saya sakit jantung.. bukan selamanya makan protein tak ingat dunia.. bila badan dah kurus, boleh lah enjoy others food.. bukan senang nak kurus dan sihat… 🙂

        1. owh. siap ada club. club sy lg ramai kut. semua ambil carbo. termasuk sy ketika diet pun ambil karbo. senang je nak kurus.

        2. liyanamildin says:

          Group Atkins pun xpnh ada yg kena serangan sakit jantung…its about 2 weeks jer pun induction tu. xde flubby mana pun…lps induction…continuously mkn balik mcm biasa, tp biasanye bila seseorang dh kurus..xkn la nk gemok balik. so makan berpada2. saya x setuju la ATKINS ni x bagus…

          1. kena tunggu org kena serangan jantung dulu? sapa nak jadi mangsa serangan jantung tu?

        3. betul tue..sy pon dah 2 bln..

  10. Dr,saya sedang melakukan diet atkin.. dlm 2 weeks nie, 2/3 kali mkn nasi.. class packed sgt, tp dpt jg survive, syukur~ hrp2 dpt truskn tuk minggu2 seterusnya, wpun sakit rasa(rasa nak makan la).. tp malang nya, sy salu take mee(slh 1 dpd karbohidrat), mcm mn tu? patutla x kecik2 lg.. dah sy suka avocado, sy berdarah 0 pula nie.. apa yg x dibenarkn tu, sy suka, patutlah! TQ 4 da info ya, its so useful..

    1. macam mana diet atkin tapi makan nasi? saya tak recommend kepada sesiapa diet atkin. Saya lebih recommend defisit kalori

  11. Apakah diet yg bgus n sesuai utk org yg ada gastrik?

    1. basiclly tingkatkan intake serat. yg lain x jd isu sgt. nanti sy olah lebih lanjut dlm entri

  12. bukan diet atkins same mcm diet guna sd2 ? sd2 tu protein jga .. tp mcmne sd2 dpt approval dr KKM .. confused 🙁

  13. Salam Dato, sebenarnya diet atkins telah diterima ramai di Malaysia, saya sendiri mengamalkannya, diet ini dengan jelas memerlukan senaman ringkas untuk berkesan , minum air yang banyak untuk menyokong ketosis dan akan kembali makan secara normal dan seimbang setelah berjaya menurunkan berat badan, isu kurang kalsium dan vitamin dapat diatasi dengan pengambilan multivitamin,Kelab Diet Atkins Facebook sudah disertai oleh 7ribu orang yang saya percaya kebanyakkannya mengamalkan diet atkin. Perbezaan diet atkin dengan diet lain adalah tempoh penurunan yang lebih cepat tanpa berlapar,tanpa produk yang mahal malahan lebih sihat, harap Dato pertimbangkan untuk melihat Kelab Kami search Kelab Diet Atkins

  14. Emanyshie says:

    atkins diet ni mcm paleo (cavemen) diet juga kan?

  15. Atkin diet ni berkesan.. there is no controversy .. the diet it just work for me.. high fat diet good fat like saturated fat and mono saturated fat simply good..hahaa.. sy dah tak payah kire kalori.. sy boleh makan bnyk tapi masih turun lemak badan.. sebab tu ramai org ikut..huhuu ..

  16. Aku pernah jadi orang gemuk… kawan2 slalu sindir aku… pelajaran makin terok… awek yg aku suke reject aku… aku sedih.. kecewa… masa tu lh aku determine untuk kuruskan badan….
    6-7 bulan kemudian… berat aku dropped from 102KG ke 47KG ke 51KG. Aku amalkan bersenam dan Atkins setiap hari mase tu, shingge tahap yang aku rase dh cukup… Bile lihat cermin, aku sendiri pon terkejut, “Waaahh, ini ke aku? dh kurus gile…”
    Aku dah ade banyak kwn, pelajaran aku makin ok… awek yang aku suke tibe2 sukekan aku… dia bwk aku kapel ngan dye… then aku terus terang kt dye yang “baru skarang dye nk trime aku? dulu mase aku gemok, ko buat apa ngan aku? reject kan? aku dh kurus, dh ensem(bukan nk hidung tinggi) skang bru ko nak2 kn aku…”
    Aku reject dye mcm dye reject aku dulu… dye sedih… dan nangis… aku rasa bersalah.. aku pujuk dye… aku cakap ngan dye…”Iqa(singkatan namenye)… kite jdi kwn dlu ek… kte study same2 k… I don’t wanna be ur enemy… aku maafkn ko ape yg ko buat kt aku dlu… kte masi awal utk cintan2 sume ni Iqa… kte jdi best friend dlu ek… I love you as a friend…”
    Then dye happy… and now we’re best friends… dpt result bagus dlm exam same2… kongsi cerita same2…
    Alhamdulillah, Allah berikan juga ape yg aku ingin selame ni… and for your info… Bersenam + Atkins bole turunkan berat badan ngan cepat… aku baru form 3 skang ni tapi nape aku bole buat Atkins? See, this method’s not so bad… but this is only an alternative way for people who wanna drop their weight… if korang nak buat, dipersilekan… klo tak tahan tahap gaban… dipersilakan jgn follow…. aku bukan nak belagak cume aku ingin kongsi ‘cerite’ aku ngan korang psl Atkins ni… May Allah bless you guys… Assalamualaikum…

  17. umie marissa says:

    assalam ,sy nk btnya sy ni dh bnyk kali cuba utk turunkn brt bdn td masih xbjaya..berat sy skrg ni 96kg tinggi kalu xsilap 143mtr.apa yg sy kira2 rasanya berat ideal dgn ktinggian sy dlm 45-55kg..tp skrg ni sy dh d kira obesiti ..soalan sy ..mcmana sy nk tau menu mcmana yg sesuai utk sy amalkan dan camne cara nk kira jumlah kalori??blh x bg sy contoh menu makanan yg perlu sy ambil….sy dh kawin 6thn tp blm ade rezki nk mengandung lg..slh 1 sbbnya kata doctor ialah berat bdn sy ni…..lg 1 keturunan sy ni ade kencing manis darah tinggi..tkt kegemukan ni jd penyumbang ke arah penyakit tu plk nnt…harap sgt dpt bantu sy…terima kasih..

      1. Salam.
        Dato. Diet atkin & diet keto tu lbh kurg kn..kalau setiap hujung mngu refeed carb ok ka tu dato..
        Dri segi training pula weight train & cardio tabata.tq

  18. Assalam tuan.Saya sgt menghargai cara kupasan tuan yg agak teliti berkaitan diet atkins.Antara kupasan ringkas yg terbaik pernah saya baca.
    Untuk pengetahuan pihak tuan,saya sekarang sedangengamalkan diet atkins.Sebelum ni saya pernah amalkan saranan diet seimbang seperti pengurangan kalori ttp tidak berkesan.saya mencuba byk kali sehingga hampir berputus asa.Sehinggalah saya buat keputusan utk mwncuba atkins.Sebelum tu saya kaji mendalam berkaitan atkins tentang pro n con..mmg saya setuju diet atkins ada risikonya.Tapi memerlukan pemantauan dari masa kesemasa melalui ujian darah.

    Berat badan saya telah meningkat ke 125kg.tiap bulan makin naik.Saya bertekad utk cuba atkins.sebelum tu buat ujian darah.Untuk hampir 2 bulan pertama dgn 2 minggu pertama yg begitu menyiksakan,Alhamdulillah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 27kg.saya pun terkejut.Dan cukup 2 bulan amalkan atkins saya pun buat blood test dan ternyata tiada apa yg memudaratkan.saya tidaklah fanatik dgn atkins dan tidak sekali2 akan amalkan utk jangkamasa panjang..tetapi sekurang kurangnya saya akan hentikan atkins apabila berjaya mencapai berat badan ideal 78kg.target saya seterusnya utk menghilangkan 18kg dan saya akan buat pemeriksaan kesihatan secara berkala.
    Tetapi apa yg best buat pertama kalinya saya berjaya menyekat nafsu makan saya,dan lebih berdisiplin utk pengurusan diet..dan inshaAllah akan kembali kepada diet seimbang(kurang kalori)pada masa akan datang.
    Apa yg saya risaukan ada ramai yg amalkan diet atkins tanpa mendalami apa itu atkins serta risikonya.
    Peringatan yg tuan berikan itu ada benarnya.
    Salam ukhwah dari saya.terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: