Diet Rendah Karbohidrat & Sakit Lutut

Sakit lutut atau sendi-sendi lain? Dah ambil pelbagai makanan tambahan seperti glucosamine dan chondritin, akhirnya terpaksa ambil NSAIDS dan seterusnya steroid. Ada kes terpaksa buat pembedahan ganti lutut. Puncanya penggunaan lutut berterusan seperti squat, berlari dan sebagainya yang mana tak sempat pulih daripada keradangan.

Apa yang boleh dibuat jika anda seorang yang aktif menggunakan lutut? Ada 1 kajian di University of Alabama, Birmigham. Mereka kaji 21 orang berusia dengan masalah lutut. Mereka pecahkan kepada 3 kumpulan iaitu, 1 kumpulan dengan diet terkawal sebagaimana mana mereka mereka sebelum ini, kumpulan ke 2 diet rendah karbohidrat sekitar 800 hingga 1200 kalori, dan kumpulan ke 3, diet rendah karbohidat yang membenarkan mereka makan seberapa banyak yang mereka nak tapi hanya 20 gram karbohidrat sehari.

Selepas 12 minggu, pengkaji membandingkan serum yang diambil. Mereka dengan diet rendah karbohidrat dilaporkan kurang intensiti kesakitan dan mampu buat aktiviti harian tanpa masalah. Mereka juga jumpa paras tekanan oksidatif lebih rendah pada kumpulan rendah karbohidrat. Darah mereka menunjukkan pengurangan konsentrasi TBARS (thiobarbituric acid reactive substances), yang mana merupakan petanda keradangan.

Ada beberapa lagi kajian diet rendah karbohidrat kurangkan keradangan. Sama ada ia secara terus atau diet itu menyebabkan kita turun berat. Bila berat turun, impak pada lutut pun berkurang. Tidak dinyatakan berapa berat kesemua peserta sebelum dan selepas.

Kursus Kecergasan 2021

Satu lagi kajian menunjukkan, apabila kita kurangkan metabolism glukosa, bermaksud rendah karbohidrat akhirnya mengaktifkan protein yang dipanggil CtBP yang berfungsi untuk menekan aktiviti keradangan. Kajian fokus pada mereka yang ada gula berlebihan iaitu pesakit diabetes. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pro-keradangan. Mudah cedera, keradangan dan akhirnya menyebabkan atherosclerosis, pembentukan plak lemak dalam arteri.

Sekiranya anda berdepan masalah sendi, selalu keradangan, cuba kurangkan karbohidrat dalam diet. Bagitau saya apa hasilnya selepas itu.

Rujukan

1. https://academic.oup.com/painmedicine/article/21/1/150/5380130
2. https://www.sciencedaily.com/releases/2007/12/071203091236.htm
3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4025600/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: