Masa Makan Pengaruhi Penurunan Berat Badan

Apakah faktor penting yang tentukan kejayaan diet seseorang?

1.Jumlah kalori
2. Masa pemakanan
3. Ratio makronutrisi
4. Pilihan makronutrisi

Ada beberapa kajian tentang masa makan. Ada 1 kajian membandingkan sekumpulan lelaki dan perempuan yang ingin turunkan berat. 1 kumpulan kalori tinggi semasa sarapan, dan 1 lagi tinggi ketika makan malam. Kedua-dua ambil 1400 kalori untuk 12 minggu. Kumpulan pertama bermula dengan 700 kalori sarapan, 500 makan tengahari dan 200 makan malam, manakala kumpulan 1 lagi, 200 sarapan, 500 makan tengahari dan 700 makan malam. Pecahan makronutrisi sekitar 32 peratus karbohidrat, 41 peratus protein dan 27 peratus lemak.

Kumpulan pertama turun 8.5 kg dan kumpulan kedua cuma 4.9 kg. Saiz perut turun dua kali lagi banyak untuk kumpulan sarapan. Kadar glukosa dan insulin juga rendah dalam kumpulan sarapan. Paras triglyceride menurun 33.6 peratus dalam kumpulan sarapan manakala naik 14.6 dalam kumpulan makan malam.

Ada satu lagi kajian yang hampir sama dalam international journal of obesity. Merekatengok masa pemakanan untuk kumpulan turunkan berat untuk 20 minggu. 51 peratus kumpulan makan awal dan 49 peratus kumpulan makan lewat. Kalori, makronutrisi, penggunaan tenaga, masa tidur dan sebagainya sama untuk kedua-dua kumpulan. Kajian menunjukkan mereka yang makan awal lebih cenderung turun lebih banyak.

Ini cuma sebahagian kajian yang tunjuk masa makan pengaruhi penurunan berat, tapi ada juga kajian bertentangan.

 

Kursus Kecergasan 2024

 

Rujukan

1. Jakubowicz D, Barnea M, Wainstein J, Froy O: High Caloric intake at breakfast vs. dinner differentially influences weight loss of overweight and obese women. Obesity (Silver Spring) 2013.
2. Garaulet M, Gomez-Abellan P, Alburquerque-Bejar JJ, Lee YC, Ordovas JM, Scheer FA: Timing of food intake predicts weight loss effectiveness. Int J Obes (Lond) 2013, 37:604-611.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: