Ikuti Latihan Bekas Mr. Olympia Dorian Yates untuk Dada yang Besar!

Mr. Olympia pada era 90-an, Dorian Yates

Dorian Yates sangat terkenal dalam komuniti bina badan lagi-lagi pada zaman 90-an. Beliau bersinar sebagai Mr. Olympia pada zaman tersebut.

Falsafah latihan beban beliau pun agak menyeramkan.

Namun, matlamatnya adalah untuk menjadi lebih kuat dan lebih tegap. Meningkatkan kemampuan sedia ada. Push to the limit.

Yates percaya bahawa senaman pertama itu kita perlu berikan yang terbaik. Sekiranya kita masih lagi “segar” pada senaman kedua, itu bermakna kita belum lagi berikan yang terbaik pada senaman pertama sebelum itu.

Contohnya, kita mulakan sesi di gim kita dengan dumbbell press, kemudian cable fly.

Kalau dumbbell press itu kita tidak buat sehabis baik, pada Yates kita perlu ubah dan tingkatkan intensiti.

Setiap senaman, mesti berikan yang terbaik. Menurut Yates, senaman pertama itu sahaja kita perlu buat lebih daripada kemampuan diri kita yang sebelum ini.

Berikut merupakan senaman untuk dada yang diamalkan oleh Yates.

  • Incline Smith Machine Bench Press. 2 hingga 3 set panaskan otot. 1 set dengan 8 hingga 10 rep.
  • Hammer Strength Chest Press: 1 hingga 2 set panaskan otot. 1 set of 8 hingga 10 rep. 
  • Incline Dumbbell Flye: 1 set panaskan otot. 1 set untuk 8 hingga 10 rep.
  • Cable Crossover: 1 set untuk 10 hingga 12 rep.

Cukupkah satu set sahaja?

Itulah falsafah Yates. 1 set itu sahaja kita perlu lakukan sehingga otot kita benar-benar mencapai kemampuannya. Kalau satu set itu otot kita masih segar, itu bermakna kita belum lakukan yang terbaik. Bertentangan dengan falsafah Yates.

Kita boleh cuba lakukan gaya senaman Yates ini. Banyak manfaatnya.

Antaranya, akan menyasarkan keseluruhan otot dada kerana ada perpindahan variasi. Selain itu, melatih kita untuk tentukan beban yang macam mana kita boleh tingkatkan kemampuan kita.

Itulah cabarannya. Untuk menentukan beban berapa yang baik untuk kemampuan otot kita dan sesuai untuk kita train to failure.

Rujukan

  1. Use Bodybuilder Dorian Yates’ Chest Workout To Become A Mass Monster. https://barbend.com/dorian-yates-chest-workout/
Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: