Kenapa Kita Sangat Lapar Selepas Latihan Kekuatan (Strength Training)?

Latihan Kekuatan membuatkan kita lebih lapar kerana otot memerlukan sumber kalori yang cukup untuk ia berkembang

Apabila anda sudah mula melakukan latihan kekuatan, mungkin anda seorang atlet powerlifting, strongman, gusti lengan dan sebagainya. Adakah anda perasan, tiba-tiba anda berasa sangat lapar. Lebih lapar berbanding sebelum ini.

Kenapa agaknya?

Sebelum itu, tahukah kita apa itu metabolisme? Selalu sangat kita dengar, bukan?

Mudahnya, metabolisme ialah proses dalaman badan menukarkan segala makanan dan minuman kepada tenaga. Jadi, kita perlu makan dan minum dengan teratur supaya metabolisme ini dapat berjalan dengan lancar.

Dengan tenaga yang mencukupi, bolehlah kita bersenaman secara habis baik di gim!

Jadi, kadar metabolisme ini meningkat dengan mendadak hasil daripada latihan kekuatan. Otot memerlukan kalori yang sangat banyak untuk ia tumbuh dan berkembang.

Otot kita merupakan tisu yang aktif. Ia membakar kalori bahkan ketika kita tidak berbuat apa-apa.

Disebabkan ini, kita akan jadi lebih lapar daripada biasa. Kita perlukan isi kekosongan itu dengan makan supaya pengambilan kalori mencukupi.

Rujukan

  1. Why Strength Training Makes You Feel So Hungry. https://www.tonal.com/blog/why-strength-training-makes-you-hungry/
Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: