Kecederaan Akibat Ketidakseimbangan Otot

Tahukah anda bahawa kecederaan yang melibatkan gerakan berulang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan otot yang mengakibatkan microtrauma pada otot, tendon atau tulang. Artikel kali ini mambahas mengenai ketidakseimbangan otot dan kecederaan pada sendi atau otot. (1)

 

Pemuatan yang berlebihan dan pemulihan yang tidak mencukupi meningkatkan risiko kerosakan otot pada tahap selular. Kecederann ini boleh mengakibatkan pergerakan yang menyakitkan, yang boleh menjejaskan sendi yang terjejas. (1, 2)

 

Tanda-tanda atau gejala klinikal kecederaan akibat ketidakseimbangan otot boleh didiagnosa sebagai beberapa penyakit atau kondisi tertentu, seperti tendinopati pada patellar atau tendinopathy pada rotator cuff. Para pembaca sekalian, dengan mendapat rawatan sahaja mungkin tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada anda. (1, 3)

Kursus Kecergasan 2025

 

Namun ia adalah sangat penting untuk memasukkan penilaian kefungsian sebagai sebahagian daripada peperiksaan fizikal mungkin mendedahkan biomekanik dan ketidakseimbangan otot yang merupakan factor utama kecederaan tersebut.(2, 3)

 

Ketidakseimbangan otot bertanggungjawab untuk kecederaan bahu, kawasan tulang belakang, siku dan pergelangan tangan. Overhead sport atau latihan seperti overhead press atau sukan atau aktiviti yang melibatkan pergerakan overhead ( contoh sukan overhead adalah bola keranjang, badminton, lontar peluru atau tennis) yang berulang berkait rapat dengan kecederaan yang disebabkan oleh ketidakseimbangan otot pada siku, pergelangan tangan, bahu, dan bahagian bawah tulang belakang. (4)

 

Kajian oleh Kamalden et al melaporkan yang atlit yang melakukan aktiviti yang berfokus kepada pergerakan overhead terdedah kepada bahu, siku, punggung bawah, dan kecederaan pergelangan tangan disebabkan oleh ketidakseimbangan otot sama ada dalam bahagian tubuh yang dominan atau tidak dominan. (5)

 

Bukan itu sahaja, malahan kajian ini juga menyarankan yang atlet-atlet ini harus melakukan program latihan dan terapeutik yang membantu mereka belajar teknik untuk mengelakkan kecederaan. Latihan pencegahan dan fisioterapi boleh membantudalam mengimbangi dan menstabilkan manset pemutar otot dan meminimumkan risiko kecederaan.(5)

 

Para pembaca kalian, jika anda mempunyai kecederaan yang berkaitan dengan ketidakseimbangan otot anda wajib mendapat rawatan ataupun konsultasi dari dokter atau pakar tarapi yang arif dalam sains sukan. Para pembaca juga boleh baca artikel kami di https://strengthsifoo.com/tercedera-saat-bersukan-jom-baca-disini/ untuk mengetahui tentang teknik-teknik untuk mencegah dan menangani cedera akibat bersukan atau melakukan senaman.

 

1. Aicale R, Tarantino D, Maffulli N. Overuse injuries in sport: a comprehensive overview. Journal of orthopaedic surgery and research. 2018;13:1-11.
2. Neme JR. Balancing Act: Muscle imbalance effects on musculoskeletal injuries. Missouri medicine. 2022;119(3):225.
3. Page P. Shoulder muscle imbalance and subacromial impingement syndrome in overhead athletes. International journal of sports physical therapy. 2011;6(1):51.
4. Noguchi T, Demura S, Takahashi K, Demura G, Mori Y. Differences in muscle power between the dominant and nondominant upper limbs of baseball players. The Journal of Strength & Conditioning Research. 2014;28(1):82-6.
5. Kamalden TFT, Gasibat Q, Samsudin S, Joseph JA. Occurrence of Muscle Imbalance and Risk of Injuries in Athletes using Overhead Movements: A Systematic Review. Sport Mont. 2021;19(3):115-22.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: