Kelebihan Solat Pada Tubuh Badan Menurut Sains!

Sebenarnya terdapat banyak kajian tentang kebaikan solat pada tubuh badan kita. Sudah tentu anda juga pernah mendengarnya sebelum ini, bukan? Maka, mari kita telusuri satu per satu kajian yang dihasilkan.

Semoga kita rajin solat!

Kursus Kecergasan 2021

Saya ada satu pengakuan.

Walau apa pun kelebihan saintifik yang solat berikan kepada kita, janganlah kita jadikan itu sebagai penyebab utama untuk melakukan solat. Jadilah ia sekadar motivasi sampingan sahaja.

Ini kerana kita semua merupakan hamba kepada Allah. Kita melaksanakan solat kerana Allah memerintahkan kita, bukan sebab solat itu dapat menyihatkan kita dan sebagainya.

Allah berfirman dalam Surah az-Zariyat ayat 56:

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepada-Ku.

Jadi, saya kira itu jelas. Mari kita teruskan penelusuran kita!

Orang yang solat ada keseimbangan dinamik berbanding yang tidak solat

Kajian oleh Sami Saleh dan lain-lain melaporkan,  orang yang biasa melakukan solat mempunyai keseimbangan dinamik pada tubuh badannya berbanding orang yang tidak solat.

Bukan itu sahaja, keseimbangan dinamik itu juga membantu memberi meningkatkan fleksibiliti badan.

Fleksibiliti badan adalah amat penting apatah lagi bagi mereka yang sudah berumur. Untuk mengerjakan kerja rumah dengan mudah dan baik, ia memerlukan fleksibiliti badan yang tinggi.

Sebelum itu, apakah itu keseimbangan dinamik?

Secara mudahnya, keseimbangan dinamik adalah berkaitan dengan postur badan. Ketika badan kita melakukan pergerakan, kita mampu menjaga postur dengan baik dan teguh, maka itulah dinamakan keseimbangan dinamik.

Kelebihan pada fleksibiliti badan ini juga dilaporkan dalam kajian Ghazal Kamran.

Menenangkan fikiran

Berdasarkan ulasan kritis oleh Majed Chamsi-Pasha dan Hassan Chamsi-Pasha, terdapat ramai sampel yang terlibat dengan kajian-kajian yang disorot itu mengalami ketenangan fikiran ketika melaksanakan solat.

Solat dapat memberikan badan kita suatu ketenangan dan relaksasi. Hasil daripada relaksasi ini, ia dapat mengurangkan risiko daripada penyakit kardiovaskular.

Otak yang sihat

Berdasarkan ulasan daripada Majed dan Hassan tadi juga, ketika kita melakukan sujud, banyak peredaran darah akan ke otak.

Dengan itu, ia memberi kelebihan pada sistem kognitif kita. Sistem kognitif yang sihat akan mempertingkatkan kekuatan memori dan konsentrasi kita.

kesimpulan

Terdapat banyak kajian yang lepas memperlihatkan solat dapat meningkatkan fleksibiliti badan. Fleksibiliti badan sangat penting bagi kita untuk melakukan pekerjaan harian seperti mengangkat barang dan sebagainya.

Sebab apa?

Sebab, fleksibiliti akan membantu otot kita bekerja dengan berkesan. Hasil daripada ini jugalah badan kita akan kurang berisiko untuk cedera.

Maka, solatlah!

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: