Strict Curl Untuk Bisep Yang Besar – Teknik, Rep, dan Set

Strict Curl mengisolasikan otot bisep dengan maksimum

LeToy Walker merupakan pemegang rekod Strict Curl paling berat di dunia!

Rekod itu ialah 114kg. Dan, rekod tersebut dipecah pada 28 Ogos 2021. Sebelum itu, rekod ini dipegang oleh atlet gusti lengan terkenal, Dennis Cyplenkov dengan beban 113kg.

Jika anda masih ingat CT Fletcher, beliau siap mempunyai persatuan Strict Curl tersendiri untuk membangunkan atlet-atlet Strict Curl. Namanya, International Strict Curl Association.

Jika anda perasan, mereka yang mempunyai peak bisep cantik mengamalkan Strict Curl ini seperti Arnold Schwarzenegger sendiri.

Jadi, sekiranya anda mahu bisep yang kuat dan cantik, anda perlu melakukan Strict Curl.

Apa itu Strict Curl?

Mudahnya, Strict Curl ialah bicep curl yang dilakukan dengan bersandar di dinding.

Apabila kita melakukan bicep curl dengan belakang kita bersentuhan dengan dinding, maka bicep curl tersebut akan sepenuhnya bergantung pada otot bisep kita, bukan seluruh badan.

Bayangkan sekiranya kita tidak bersandar?

Kita akan menggunakan badan untuk menghayun beban tersebut supaya kita boleh curl, bukan?

Tapi, dalam Strict Curl, perkara itu tidak berlaku.

Ringkasnya, ia memaksimumkan penggunaan otot bisep.

Teknik

Dalam sesi gim untuk bisep, jangan lupa untuk memasukkan Strict Curl sebagai salah satu senaman.

Ia akan memenatkan otot bisep dalam masa yang sangat singkat kerana isolasinya terhadap bisep itu sendiri.

Dicadangkan untuk lakukan sebanyak 10-12 rep sebanyak 3-4 set.

Seeloknya, akhiri sesi bisep dengan Strict Curl ini selepas senaman-senaman lain.

Rujukan

  1. Watch Powerlifter Leroy ‘The Machine’ Walker Strict Curl over 100kg and Break the American Record. https://www.menshealth.com/uk/fitness/lifestyle/a36644745/leroy-the-machine-walker-breaks-the-american-record-for-the-strict-curl/
  2. Want stronger biceps? Master the strict curl with these pro tips. https://www.muscleandfitness.com/athletes-celebrities/pro-tips/want-stronger-biceps-master-the-strict-curl-with-these-pro-tips/
  3. Strict Curl – Muscles Worked, How-To, Benefits, and Alternatives. https://fitnessvolt.com/strict-curl/
  4. The Strict Curl for Max Weight. https://www.t-nation.com/training/the-strict-curl-for-max-weight/
  5. The current bicep curl world record revealed (strict, barbell, dumbbell, one-arm). https://criticalbody.com/bicep-curl-world-record/

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: