Perbezaan antara Kekuatan dan Hipertrofi

Latihan khusus adalah yang terbaik lalu melakukan kedua-duanya sekali untuk hasil yang hebat

Selalu kita dengar, apabila melakukan latihan beban, ada kadar rep yang ke arah hipertrofi, ada pula kadar rep yang ke arah kekuatan ataupun strength.

Timbul satu persoalan, kalau kita melatih kekuatan, apakah kita tidak akan mendapat kesan hipertrofi? Begitu juga dengan sebaliknya. Apabila kita melatih untuk hipertrofi, apakah kita punya strength tidak meningkat sekali?

Sebelum itu, mari kita definisikan hipertrofi dan kekuatan:

Hipertrofi: Merujuk kepada pembesaran otot hasil daripada volume latihan yang tinggi.

Kekuatan/strength: Merujuk kepada penghasilan daya untuk mengangkat beban di atas 85% daripada 1 rep max kita.

Mudah kata, hipertrofi ialah berapa besar otot kita, manakala strength ialah berapa kuat otot kita.

Jadi, adakah dengan melakukan latihan hipertrofi, strength kita akan meningkat juga?

Jawapannya, ya. Tetapi, ia tidaklah begitu signifikan seperti latihan strength secara khusus. Sebab, untuk strength sahaja, ada intensitinya, untuk hipertrofi sahaja, ada intensitinya juga.

Contoh, atlet kalistenik memang ada strength, tetapi strength mereka tidaklah setinggi atlet strongman kerana atlet strongman melatih strength secara khusus. Manakala, atlet kalistenik melatih strength secara tidak langsung, seperti volume latihan tinggi dengan beban yang sama (bodyweight).

Rujukan

  1. Hypertrophy vs Strength Training: What Are The Differences? https://fitbod.me/blog/hypertrophy-vs-strength-training/#:~:text=Hypertrophy%20refers%20to%20increasing%20the,%25%20of%201%20rep%20max).
Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: