Kepentingan Berenang untuk Penyembuhan Otot

Berenang merupakan salah satu kaedah rehabilitasi terbaik untuk badan kita. Berenang bukan sahaja elok untuk memulihkan otot, malah menyembuh seluruh badan sekiranya terdapat apa-apa kecederaan.

Kursus Kecergasan 2024

Menurut UPMC Health Beat, berenang merupakan terapi terbaik untuk badan. Berenang adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang mempunyai sendi yang sensitif disebabkan kecederaan atau sakit otot selepas sesi latihan beban. Menurut Dignity Health, sekiranya anda ada tangan atau kaki yang terseliuh pun, berenang adalah kaedah yang terbaik untuk mempercepat proses penyembuhan.

Ketika anda berenang, pergerakan anda akan menjadi terhad kerana ketiadaan graviti. Dengan itu, badan anda akan terasa lebih sukar untuk bergerak. Ini adalah seolah-seolah wujudnya intensiti. Kesan daripada ini, otot anda akan menjadi lebih kuat. Contohnya, otot di keliling lutut, otot belakang dan sebagainya. Kesemua otot ini akan aktif ketika berenang secara menyeluruh. Tidak akan ada satu otot yang tertinggal.

Dalam satu kertas kajian yang dikarang oleh Jan Prins dan Debra Cutner, keterapungan badan dalam kolam air akan membantu untuk menambah baik mobiliti badan yang tersekat. Maka, ketika anda berenang di dalam kolam, pastikan anda bergerak seluruh badan memenuhi julat pergerakannya masing-masing. Pergerakan tersebut akan menjadi sukar kerana intensiti yang diberikan oleh air.

Selain daripada mobiliti, berenang juga membantu menguatkan kapasiti jantung seperti yang dinyatakan dalam satu artikel. Bagi mereka yang mempunyai kepayahan untuk bernafas, maka berenang dapat membantu dengan signifikan. Ini adalah kerana keperluan untuk menahan nafas dalam kadar tertentu membantu untuk memperkembangkan daya bernafas itu sendiri. Contohnya, ketika anda berenang untuk berlumba dengan rakan. Pernafasan anda akan berlaku secara berirama. Ini akan melesukan otot jantung lalu menguatkannya.

Berenang juga membantu mengurangkan stres dalam diri anda. Menurut Dr. Samantha Wild, ketika anda berenang, otak anda melepaskan hormon endorfin, iaitu hormon yang membuatkan anda bahagia dan seronok. Kesan daripada ini juga, otak anda akan menjadi lebih sihat kerana berenang dapat menggalakkan aliran darah ke otak dengan lancar. Maka, banyak perkara negatif yang sering berlaku kepada otak dapat dielakkan seperti kegelisahan, gementar yang melampau dan sebagainya.

Bagaimana Berenang Membantu Memulihkan Otot?

Pertama sekali, berenang merupakan salah satu bentuk berehat secara aktif. Sepertimana yang anda semua ketahui, berehat selepas sesi latihan beban ada dua, iaitu aktif dan pasif. Untuk memaksimumkan perkembangan otot, anda perlu berehat secara aktif. Ini bermaksud, anda tetap perlu melakukan senaman ringan untuk menggalakkan aliran darah di bahagian otot dan sebagainya. Maka, berenang merupakan salah satu kaedah berehat secara aktif. Menurut laman web Hot Spring, berenang membantu untuk:

  1. Senaman untuk seluruh badan: Ketika anda berenang, seluruh badan anda akan merasakan kelesuan. Ini adalah kerana setiap otot badan anda akan bekerja untuk bergerak kerana dalam air membuatkan badan anda sukar untuk bergerak. Kesannya, setiap otot anda akan diaktifkan dalam kadar yang intensiti sederhana. Maka, ini tidak terlalu menyeksakan otot yang sedang sakit.
  2. Mempertingkatkan aliran darah pada otot: Aliran darah yang landar pada otot akan mempercepat penyembuhan.

Jika anda belum faham konsep berehat secara aktif, anda boleh baca artikel berikut: Ramai Orang Tidak Tahu Ini Cara Berehat Selepas Latihan Beban yang Betul.

Kesimpulan

Berenang dapat menggalakkan proses penyembuhan dengan cepat bagi otot. Bukan sekadar mencepatkan penyembuhan, malah berenang itu mempunyai kelebihan-kelebihan lain yang tersendiri juga untuk badan.

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: