Kepentingan Penggunaan Fat Grip ketika Latihan

Sekali-sekala, anda juga perlu memanfaatkan fat grip ketika sesi latihan beban. Anda tahu kenapa?

Kursus Kecergasan 2021

Otot cengkaman adalah amat penting bagi mengangkat sesuatu beban. Pernahkah anda dengar kata-kata seperti berikut?

If you can’t hold it, you can’t lift it.

Sekiranya anda tidak mampu menahan beban itu, anda tidak akan mampu mengangkatnya.

Contohnya, ketika anda melakukan deadlift, anda memerlukan otot cengkaman yang kuat bagi mengekalkan beban itu di atas ketika ia diangkat.

Memanglah anda boleh sahaja memakai strap, namun ia tetap memerlukan otot cengkaman yang kuat. Ini adalah kerana sekiranya otot anda tidak stabil seperti bisep jauh lebih kuat berbanding otot lengan bawah, ia akan mengganggu prestasi anda.

Anda akan meletakkan terlalu banyak tekanan pada otot yang kuat berbanding yang lemah. Ini dapat dielakkan dengan mengimbangkan kekuatan kedua-dua otot.

Bagi menguatkan otot lengan bawah, anda boleh memakai fat grip ketika melakukan senaman-senaman tangan yang biasa anda lakukan seperti bicep curl, row dan sebagainya.

Satu kajian dilakukan yang bertajuk Impact of Fat Grip Attachments on Muscular Strength and Neuromuscular Activation During Resistance Exercise menunjukkan, orang yang menggunakan fat grip ketika melatih beban akan bertambah kuat otot lengan bawahnya.

Namun!

Ada sedikit kekurangan pada senaman menggunakan fat grip ini. Walaupun ia membantu menguatkan otot lengan bawah, anda tidak boleh selamanya menggunakannya.

Kenapa?

Sebab, apabila anda menggunakan fat grip, tekanan beban yang diangkat terus dipindahkan kepada otot lengan bawah. Otot yang disasarkan tidak akan mendapat hasil maksimum.

Contohnya, anda melakukan bicep curl menggunakan fat grip. Memang betul otot bisep anda akan mendapat kesan latihan.

Namun demikian, otot lengan bawah lebih mendapat tekanan.

Sebab, otot lengan bawah bekerja keras untuk mengangkat beban dan tak mahu bagi beban terlepas daripada genggaman.

Maka, kita akan menggenggam dengan lebih kuat berbanding biasa. Kesan daripada inilah otot lengan bawah lebih penat bekerja.

Bila masanya yang patut digunakan fat grip ini?

Penutup sesi latihan

Ini adalah kerana biasanya otot lengan bawah dilatih di akhir sesi latihan. Maka, ketika otot lengan bawah masih segar, eloklah kita menguatkannya dengan senaman-senaman yang ditambah dengan fat grip.

Kesimpulan

Dengan menambah fat grip dalam sesi latihan kita akan menjadi nilai tambah pada otot lengan bawah yang selama ini sering kali tidak dipandang penting.

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: