Ketoasidosis Diabetik

Ketoasidosis diabetik (DKA) adalah peringkat serius diabetes. Kondisi ini berlaku apabila badan tak boleh hasilkan insulin mencukupi. Insulin memainkan peranan penting membawa gula masuk ke sel di badan.

Bila insulin rendah, badan mula pecahkan lemak sebagai tenaga dan seterusnya menyebabkan keadaan berasid dalam salur darah, tinggi ketone. Lama kelamaan akan menyebabkan ketoacidosis diabetik.

Simptom

Tanda-tandanya biasa cepat. Ia mungkin termasuk;

  • Rasa sangat dahaga
  • Kerap kencing
  • Rasa nak muntah
  • Sakit perut
  • Rasa sangat lemah
  • Sesak nafas
  • Rasa keliru
  • Nafas berbau
  • Kulit dan mulut kering
  • Sakit kepala

Kursus Kecergasan 2024Kondisi ini boleh menyebabkan kematian. Jika anda pesakit diabetik, kena sentiasa jaga paras gula. Jika paras gula lebih 240 mg/dL, gunakan pengukur ketone yang boleh didapati di farmasi untuk ukur setiap 4 hingga 6 jam. Jika semakin teruk, terus ke bahagian kecemasan hospital.

Simptom DKA juga boleh jadi tanda-tand diabetes pada mereka yang belum pernah didiagnos diabetes atau kencing manis.

 

Rujukan

Kebetulan ibu mertua kena ketoasidosis diabetik minggu lepas. Semoga beliau kembali sembuh.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: