Kisah Inspirasi Hannah Gane- Senaman Bebanan Menyelamatkannya Hidupnya

Aneroksia atau penyakit gangguan pemakanan bukan cerita fantasi, ia adalah realiti yang sedang berlaku di sekeliling kita terutama mereka yang duduk dalam kalangan orang yang berdiet, cuma tahapnya sahaja yang membezakan, ringan atau sudah berada ditahap yang teruk. Parahnya mereka tidak sedar malah enggan mengakui.
Definisi
Anorexia nervosa ialah keadaan di mana seseorang kehilangan jumlah berat badan secara tidak sihat dengan sengaja melalui diet teruk dan senaman berlebihan. Orang yang mengalami anoreksia mempunyai ketakutan sekiranya berat badan bertambah dan persepsi imej badan yang terganggu seperti menganggap mereka gemuk walaupun mereka telah kurus. Doktor juga tidak tahu punca sebenar gangguan pemakanan ini.
Tanda amaran
- Kehilangan berat badan yang banyak
- Enggan makan
- Perubahan dalam tabiat pemakanan sehingga taksub dengan jumlah makanan
- Banyak bersenam untuk menurunkan berat badan
- Menjadi tertekan atau mudah marah
- Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan
Hannah Gane
Tragedi dalam hidup
Hannah menderita aneroksia selama 12 tahun, dia mengalami gangguan pemakanan selepas kematian bapanya. Kematian bapanya benar-benar memberi kesan yang tragis dalam hidup dia dan ibunya. Sewaktu dia bersekolah, Hannah pernah cuba mendapatkan bantuan dari CAMHS tetapi ia rawatan di sana amat teruk seperti di penjara.
Ketika di kolej, Hannah sudah tidak mahu meneruskan kehidupan dia hanya hendak mati. Kemudian ibu membawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan di unit gangguan pemakanan tetapi ketika itu Hannah begitu sakit dan lemah pada sehingga tidak boleh ke unit tersebut tetapi telah dimasukkan ke wad selama 5 minggu.
Sepanjang Hannah di wad, ibunya sentiasa menemani Hannah dan memberikan kata-kata semangat. Bertitik tolak dari itu, Hannah sedar bahawa ibunya sudah kehilangan suami, jadi katanya “saya takkan membiarkan ibu saya kehilangan anak perempuan juga. Dia berada di sisi saya sejak hari pertama.” Hannah tekad untuk berubah, dia memutuskan bahawa bina badan akan menjadi cara dia pulih. Hannah berkata lagi, jika kamu lakukan untuk dirimu, dia hanya lakukan untuk ibunya.
Transformasi Hannah Gane
Ketika Hannah bermula, Hannah mendapatkan khidmat jurulatih yang mempunyai pengalaman melatih hampir sama dengan pesakit aneroksia, yang turut membantu dalam memantau diet sihat dan mengajarkan menaikkan berat badan berasur-ansur secara sihat. Seorang ahli fisioterapi turut membantu Gane membina asas kekuatan kerana Hannah juga ada masalah osteoparosis. Hannah masih ingat sesi pertama, dia diminta untuk membuat sit up, dia tidak dapat mengangkat kepala dari lantai atau melangkah naik satu anak tangga. Dia ada pasukan yang sangat hebat yang membantunya keluar dari masalah aneroksia.
Kini Hannah adalah seorang jurulatih peribadi yang berkelayakan, graduan undang-undang, dan calon pesaing bina badan bikini. Dia telah berlatih selama lebih dari 2 tahun sekarang dia amat meminati bidang bina badan.
Senaman bebanan menjadi transformasi terbaik
Untuk merawat anekroksia, pesakit perlu meningkatkan keyakinan diri dan kena berfikiran positif tentang penampilan diri. Senaman bebanan sangat membantu untuk mencantikkan tubuh badan.
Jika ikut logik akal, makan dalam lebih kalori dari keperluan, individu akan gemuk dan tidak cantik tetapi dengan senaman bebanan, kenaikkan tersebut adalah naik otot maka bentuk badan yang lebih cantik dapat mengurangkan ketidakpuasan hati dengan bentuk badan. Selain itu, rembesan hormon gembira ketika dan selepas bersenam sangat membantu mereka yang ada gangguan psikologi dan tekanan.
Panduan Rawatan Pesakit Gangguan Pemakanan
1- Bantuan pakar
Perlu dapatkan bantuan pakar kerana mereka berkerja dalam satu pasukan dari pelbagai displin seperti perubatan, psikologi, bidang nutrisi serta prekripsi senaman.
2- Program senaman
Pesakit ganguan pemakanan biasanya mempunyai tahap kembimbangan yang tinggi, perlu ada jurulatih yang mengatur jadual yang baik supaya mereka tidak tertekan. Program senaman perlu naik secara berperingkat supaya pesakit tidak begitu bimbang dengan kesan senaman seperti doms.
3- CBT
Pasukan jurulatih juga boleh masukkan komponen pendidikan psikologi seperti terapi tingkahlaku kognitif
4- Jadual hendaklah bersesuaian dengan fizikal dan fisiologi pesakit.
Jadual perlu direka secara individual yang mengambil kira kebolehan individu.
RUJUKAN
- Aneroksia, PMID: 23650344
- Exercise in Eating Disorders Treatment: Systematic Review and Proposal of Guidelines PMID: 26909533
- Daily Star : Woman’s epic transformation from suffering with anorexia to becoming bodybuilder
- Facebook : Hannah Gane
- Instagram : Hannah Gane
- Tiktok : Hannah Gane
- How bodybuilding saved a law grad from a decade-long eating disorder battle