Lakukan Senaman Pliometrik untuk Tambah Power!

Pliometrik dapat membantu otot seluruh badan melakukan pergerakan eksplosif
Pliometrik merupakan salah satu teknik bersenam untuk meningkatkan kuasa otot. Pliometrik adalah bilamana kita melakukan suatu senaman menggunakan beban dengan cara eksplosif, yakni dengan sekuat yang kita boleh dalam masa yang singkat.
Mudah kata, setiap senaman yang berorientasikan lompatan adalah senaman jenis pliometrik.
Contohnya, clapping push up dan jumping squat.
Apabila kita melakukan tekan tubi biasa, ia melatih otot kita dengan intensiti sederhana. Otot yang dilatih itu juga akan mendapat kelebihan resistance. Namun, terdapat juga kekurangan, iaitu tidak eksplosif.
Bayangkan anda seorang atlet Muay Thai. Apabila anda bertinju dengan seseorang, setiap pergerakan anda haruslah eksplosif. Siapa yang paling eksplosif, dialah yang berpotensi untuk menang.
Jadi, untuk meningkat daya eksplosif, anda haruslah lakukan senaman yang eksplosif juga. Jawapan untuk itu, ada pada pliometrik. Lakukan senaman pliometrik.
Pliometrik dapat meregangkan otot kita semaksimum yang boleh. Sebab, ketika melakukan senaman pliometrik, ia dapat mengaktifkan refleks miotik. Refleks miotik berperanan untuk itu.
Variasikan senaman beban kita dengan pliometrik. Dengan itu, otot kita akan menjadi lebih menyeluruh. Boleh angkat beban dengan berat dan pada masa yang sama, boleh melakukan pergerakan ekplosif.
Rujukan
1. https://www.freelapusa.com/the-science-of-plyometrics-key-questions-on-jump-training/
2. https://www.self.com/story/a-10-minute-fat-burning-plyometric-workout-you-can-do-at-home
3. https://www.healthline.com/health/exercise-fitness/plyometric-exercises