Tricep Dip Membahayakan Bahu Anda

Tricep Dip membesarkan otot tricep dan bahu

Tricep Dip merupakan satu senaman yang sangat bagus untuk otot tricep kita. Bukan itu sahaja, ia juga mengaktifkan otot bahu. Jadi, Tricep Dip menawarkan manfaat yang banyak.

Kita biasa melihat atlet kalistenik melakukan Tricep Dip memakai bar di taman permainan. Itu memerlukan kekuatan tricep yang luar biasa kerana kita mengangkat seluruh berat badan kita.

Bagi mereka yang tidak mampu, boleh saja dilakukan menggunakan bangku atau kerusi. Caranya:

  1. Duduk di hujung bangku.
  2. Letak tangan betul-betul di belakang punggung.
  3. Tolak punggung ke depan.
  4. Turun ke bawah sehingga lengan kita berbentuk 90 darjah. Tahan berat badan kita menggunakan tricep.
  5. Tolak menggunakan tricep supaya punggung kita menjadi satu aras kembali dengan bangku tadi.
  6. Ulang perbuatan ini 10 hingga 12 kali sebanyak 3 hingga 4 pusingan.

Jadi, adakah Tricep Dip membahayakan bahu kita? Sebenarnya ya, namun kita perlu teliti beberapa perkara.

Dip turun terlalu rendah

Ketika melakukan Tricep Dip, janganlah turun terlalu bawah. Turunlah sehingga lengan kita menunjukkan lengkungan 90 darjah. Ini untuk mengelakkan bahu daripada meletakkan tekanan yang terlalu banyak kepada ligamen, tendon dan bursa di bahagian bahu depan.

Jika tidak, ia boleh mengoyakkan tiga unsur tadi daripada berhubung sesama sendiri. Ia mendatangkan ketidakselesaan pada sendi bahu.

Turun ke depan

Pastikan kita turun ke bawah. Turun dengan pergerakan vertikal. Jangan turun ke depan, ia menegangkan otot bahu depan lalu boleh mencederakannya.

Tangan jauh keluar daripada badan

Kedua-dua tangan kita hendaklah rapat dengan badan, jangan terlalu keluar ke tepi. Jika keluar ke tepi, ia juga boleh mencederakan bahu.

Penutup

Jelas menunjukkan bahawa Tricep Dip boleh mencederakan bahu sekiranya kita tidak berhati-hati dengan cara melakukannya. Ia memang nampak halus, tetapi bahaya.

Rujukan

  1. https://www.verywellfit.com/the-chair-dip-triceps-exercise-3120734
  2. https://cathe.com/are-triceps-dips-bad-for-your-shoulders/#:~:text=Triceps%20Dips%3A%20Safe%20or%20Not,stress%20on%20the%20anterior%20deltoids.
  3. https://greatist.com/fitness/the-lift-triceps-dips#avoiding-injury
Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: