Bench Press atau Dumbbell Press?

Dua senaman ini membawa kepentingan masing-masing

Kita perlu membezakan dua senaman supaya kita nampak kelebihan senaman itu secara tersendiri. Contohnya, dalam artikel kali ini, kita bakal melihat perbezaan dumbbell press dan bench press.

Dua senaman ini sama-sama menyasarkan otot dada, bahu depan dan trisep. Namun, terdapat beberapa kepentingan lain yang dua senaman ini boleh tawarkan kepada kita.

Sebelum itu, mari kita lihat dahulu, dari segi teknikal, apa bezanya dua senaman ini.

Dumbbell press, ialah senaman dada yang menggunakan dua dumbbell. Jadi, kita perlu baring mengadap ke atas. Posisikan dumbbell di paras dada dan press atau menolak ke hadapan badan kita yakni ke atas.

Sama juga dengan bench press. Cuma, bench press menggunakan bar.

Kelebihan pada bench press, ia lebih stabil berbanding dumbbell press. Dumbbell press memerlukan kita menstabilkan dumbbell yang kita pegang pada dua belah tangan kita. Dengan itu, dengan bench press, kita boleh menambah beban kerana bar tersebut sudah tetap dan berada dalam posisi melintang.

Dumbbell press, kita perlu menstabilkan ia menggunakan seluruh badan kita. Jadi, kita sudah dibebani dengan kesukaran. Fokus untuk otot dada itu sudah beralih kepada fokus kepada kestabilan. Dengan ini, ia menguatkan otot teras badan kita.

Dari segi julat pergerakan, dumbbell press mengungguli. Kita boleh melakukan julat pergerakan secara penuh sehingga otot dada kita dilenturkan habis-habisan. Ini berbeza dengan bench press, julat pergerakannya tidaklah sepanjang dumbbell press.

Jadi, mana satu yang lebih baik?

Dua-dua ada kelebihan dan kepentingannya tersendiri. Dalam sukan angkat berat ini, variasi adalah sentiasa yang terbaik. Maka, lakukanlah kedua-duanya sekali.

Rujukan
1. https://barbend.com/dumbbell-vs-barbell-bench-press-which-is-best-for-you/
2. https://powerliftingtechnique.com/dumbbell-vs-barbell-bench-press/

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: