Tak tahu nak buat perubahan apa dalam latihan kekuatan anda? Dah sangkut pada 1 angkatan dan tak berubah. Jom tengok program lama (old school) ini. Program ini di panggil ‘one two three’. Fungsinya untuk tambah kekuatan, buat perubahan jika sangkut atau plateau.
1. Pilih satu pergerakan, mungkin squat depan atau belakang, bench press, military press, pull-up, deadlift dan sebagainya.
2. Cari beban yang anda mampu buat 5 ulangan. Boleh kata sekitar 80 peratus daripada 1RM.
3. Buat ikut ulangan ini, 1-2-3. Buat sekali, rehat sekejap dan terus 2 kali, rehat sekejap terus 3 kali. Kesemua 6 ulangan ini dikira sebagai 1 set.
Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.
Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.