MAF Method untuk Pelari Jarak Jauh Feb13

Kongsi

MAF Method untuk Pelari Jarak Jauh

Tetiba popular tentang MAF Method di kalangan pelari di muka buku. Apa dia sebenarnya MAF ini? Ia adalah satu falsafah yang dicipta oleh Dr Phil Maffetone dalam bukunya, The Big Book of Endurance Training and Racing. Nama penuhnya, Maximum Aerobic Function dan kebetulan nama depan pengasasnya pun MAF.

Secara teorinya, ia adalah untuk bina asas aerobik supaya badan boleh lari laju dengan kadar nadi yang rendah. Ia melambatkan proses badan tukar ke sistem anaerobik, jadi seseorang boleh lari laju dan lama sebelum keletihan. Larian 800 meter ke atas biasanya menggunakan kedua-dua sistem tenaga iaitu aerobik dan anaerobik. Lebih lama larian tersebut, lebih banyak kita bergantung kepada sistem aerobik.

Latihan MAF sesuai untuk

– Pelari baru
– Pelari lama
– Mereka yang biasa berdepan isu kecederaan disebabkan larian
– Mereka yang nak kurangkan risiko kecederaan
– Mereka yang tiada lagi perubahan dari segi masa larian

Kelebihan MAF

– Jantung menjadi lebih kuat
– Mitochondria meningkat, bermaksud lebih banyak penghasilan tenaga
– Tekanan menurun
– Bakar lemak

Kursus Kecergasan 2020

Bagaimana melakukannya?

Sebenarnya hampir sama dengan kaedah larian menggunakan kadar nadi. Cuma kiraannya menggunakan formula lain berbanding formula covenant. Formula asas seperti di bawah;

180 – Umur = Kadar Nadi Latihan

Katakan umur 50 tahun, 180 – 50 = 130. Jadi bila berlari kena kekal dalam kadar nadi 120 hingga 130.

Dalam kes baru baik daripada sakit yang major, baru lepas pembedahan dan sebagainya, tolak tambahan 10 lagi. Bermaksud, jika ikut kiraan tadi, 130 – 10 = 120. Jadi larian akan jadi 110 hingga 120.

Jika baru pulih daripada kecederaan, demam, takde perubahan dalam latihan, baru mula berlatih, cuma tolak 5 sahaja. Bermaksud kalau ikut kiraan di atas, 130 – 5 = 125.

Jika dah berlatih lebih daripada 2 tahun tanpa apa-apa masalah, tambah 5. Ikut contoh di atas, 130 + 5 = 135.

Formula ini tidak boleh digunakan untuk mereka di bawah usia 16 tahun.

Kalau tanya saya secara peribadi, saya kata sama saja macam kaedah covenant, tanpa kalau jawab begitu, takut pelari marah saya pula. Macam ramai obses menggunakan formula MAF ini. :D.

Zaki Khan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube