Makan Disebabkan Bosan

Ada sesetengah daripada kita makan disebabkan bosan. Bila bosan, dia cari apa-apa untuk dikunyah. Bagaimana atasi masalah ini?

1. Kenal pasti apa yang cetuskannya. Kebanyakan masa, kita bergerak tanpa sedar dan berfikir. Minda separa sedar bekerja. Sedar-sedar dah buka peti ais dan ambil sesuatu untuk dikunyah. Apa yang mencetuskan? Ada sebahagian daripada kita dah biasa mengunyah ketika tengok televisyen. Ada habit balik kerja terus cari makanan. Buat satu diari pemakanan untuk anda trek kembali apa yang anda makan. Kenal pasti faktor yang mencetuskannya.

2. Cari kebahagian di tempat lain. Makanan biasa digunakan untuk cetuskan mood gembira, rasa puas mengunyah. Cuba ubah aktiviti tersebut. Bukan anda boleh berjalan di taman, bersenam dan sebagainya yang buat anda gembira.

3. Minum air atau teh. Setiap kali rasa lapar, gantikan makanan denan minuman tanpa gula. Lama kelamaan anda dapat kenalpasti lapar psikologikal kebosanan atau lapar sebenarnya.

4. Gosok gigi. Gosok gigi umpama kita beri signal pada otak, masa untuk berhenti makan. Ada sesetengah ubat gigi mungkin mengurangkan ketagihan makanan. Makanan rasa tak sedap selepas itu.

Kursus Kecergasan 2021

5. Guna gangguan. Setiap kali rasa lapar, buat sesuatu yang boleh buat kita lupa pada makanan. Buat kerja, berjalan, bersenam di gim dan sebagainya.

Berhenti makan di sebabkan bosan jika anda tak nak badan seperti di pam-pam. Makan disebabkan keperluan dan ikut keperluan anda, jangan berlebihan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: