Menjadi Juara Dunia Rejam Lembing, Belajar Melalui Youtube Sahaja!

Julius Yego, seorang atlet rejam lembing dari Kenya bukan biasa-biasa.

Ketika berjaya menjadi juara dunia pada tahun 2015, para wartawan mendekatinya bertanya siapakah jurulatihnya?

Jawab beliau, “Youtube.”

Pada tahun 2009, beliau melayari Youtube mempelajari cara merejam lembing dan senaman-senaman yang boleh membantu beliau meningkatkan prestasi dalam sukan berkenaan.

Hendak membayar jurulatih, tidak ada duit. Apatah lagi jurulatih dari luar negara.

Namun, semangatnya tidak sesekali pudar. Biarlah apa rintangan yang melanda. Rejam tetap rejam!

Tidak ada jurulatih orang pun tidak mengapa. Beliau tetap gunakan kaedah lain untuk belajar dan meningkatkan prestasi.

Melalui Youtube.

Kesungguhan beliau akhirnya berbalas selepas berjaya menjadi juara Afrika, pemegang rekod komenwel dan seterusnya juara dunia.

Artikel ini bukanlah untuk mengajak semua orang belajar melalui Youtube. Tetapi, untuk membuktikan dua perkara:

  1. Belajar memerlukan kesungguhan.
  2. Terdapat banyak kaedah untuk belajar.

Sebagai muhasabah, kita harus menyemarakkan budaya belajar lalu mengamalkan metode belajar yang kita cenderung dan berkesan bagi diri kita.

Konsisten dalam melakukan perkara yang berkesan untuk kemajuan diri kita.

Dengan itu, kita boleh terus maju dan berjaya.

Rujukan

  1. How YouTube made Julius Yego an Olympic medalist. https://www.google.com/amp/s/amp.cnn.com/cnn/2016/08/12/africa/julius-yego-javelin-youtube/index.html

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: