Panduan Asas Bersenam pada Bulan Ramadan

Teruskan bersenam walaupun pada bulan Ramadan, cuma jaga-jaga dengan kadar kemampuan badan
Bagi mereka yang rajin bersenam, bulan Ramadan tidak akan menghentikan rutin mereka. Mereka akan tetap mencari peluang untuk bersenam. Bagi mereka yang pergi ke gim, mereka akan seboleh-boleh pergi selepas solat tarawih. Ini menunjukkan mereka tetap hendak bersenam supaya dapat mengekalkan bentuk badan yang ideal.
Artikel ini akan menggariskan beberapa prinsip bersenam pada bila Ramadan. Anda perlu cakna dengan semua ini supaya anda kekal sihat.
Sebelum itu, anda tidak perlu risau dengan badan anda yang tegap. Kajian oleh Khaled Trabelsi dan lain-lain menunjukkan, ahli bina badan muslim yang melakukan latihan beban pada bulan Ramadan tidak memperlihatkan perubahan jisim badan yang signifikan. Makna kata, bulan Ramadan atau bukan bulan Ramadan, ia tidak mengubah bentuk badan kita secara tiba-tiba.
Namun demikian, kita perlu berhati-hati dengan cara kita bersenam. Ini kerana bulan Ramadan kita berpuasa, maka mungkin tidak akan ada tenaga yang mencukupi. Ini kita perlu berjaga-jaga.
Jangan kita melakukan latihan beban secara melulu tanpa tenaga yang cukup. Kalau kita hendak bersenam sebelum berbuka puasa, kita perlu berjaga-jaga dengan intensiti senaman. Jikalau kita bersenam teruk-teruk, khuatir boleh buat kita pengsan. Sebab? Tak cukup tenaga seharian tidak makan.
Sesi Angkat Berat
Boleh tak kita mengangkat berat sepertimana yang kita biasa lakukan sebelum Ramadan? Jawabnya, boleh. Namun, pastikan kita sudah biasa dengan kadar beban yang begitu. Bukannya baru hendak buat. Kalau kita baru hendak buat juga, jurulatih kecergasan Daniel Wells menyarankan lakukannya sebelum sahur. Ketika itu badan kita sudah cukup tenaga selepas berbuka puasa.
Berjoging
Sekiranya anda mahu berjoging sebelum berbuka, pastikan anda berjoging dengan intensiti yang tidak terlalu melelahkan.
Ini kerana, melakukan kardio membakar kalori yang sangat banyak. Badan kita memerlukan kalori. Jadi, tanpa tenaga yang cukup, ia boleh membahayakan tubuh. Dengan itu, janganlah berjoging lebih sangat. Kalau ya pun, pastikan pada waktu hampir berbuka atau selepas berbuka.
Pengambilan Kalori
Selain daripada kualiti makanan yang kaya dengan protein, kita juga peru banyak sumber protein. Makanlah dengan sebanyaknya supaya ia dapat di”bakar” semasa bersenam.
Bersenam Sebelum atau Selepas Berbuka?
Dua-dua bagus. Cuma, jikalau anda mahu menurunkan berat badan, seeloknya anda lakukan senaman sebelum berbuka kerana ketika itulah kadar gula darah berada pada tahap paling rendah.
Cara Mengelak Dehidrasi Ketika Bulan Ramadan
Cara kekal hidrat adalah sama seperti pada bulan lain, iaitu minum air kosong sebanyak 2 liter sehari. Sama sahaja. Cuma, waktu untuk minum agak singkat berbanding biasa. Jadi, dalam kadar berbuka hingga sahur itu, pastikan kita minum sekurang-kurang 2 liter.
Kesimpulan
Kajian menunjukkan sekiranya kita konsisten melakukan latihan beban walaupun pada bulan Ramadan, ia tetap akan memberikan hasil yang baik.