Patutkah Anda Bina Badan?

Aiman Radzi - Patutkah Anda Bina Badan

Bina badan boleh dikira sebagai minat yang semakin menular sekarang. Gym pun tumbuh bagaikan cendawan merata-rata. Sampai boleh kata, dalam satu kawasan, biasanya mesti ada 2-3 gym, ada yang sampai buat sebelah-sebelah sahaja!

 

Tetapi, adakah bina badan hanya dikira sebagai minat sahaja?

Kursus Kecergasan 2025

Anda Patut Pergi Ke Gym

Membina badan bukanlah hanya untuk mereka yang minat sahaja, malah semua orang digalakkan untuk membina badan. Apabila bercakap pasal bina badan, saya tidak memaksudkan anda kena bina sampai jadi badan berketak-ketak macam atlit professional. Cukup sekadar tona otot kelihatan. Persoalannya, kenapa?

 

Ramai orang sekarang kurang bersenam. Take note, bersukan seperti bermain futsal, badminton, dan lain-lain, tidak dikira sebagai senaman. Ia adalah sukan, sedangkan senaman bermaksud rutin pergerakan terkawal yang dilakukan dengan tujuan. Anda bersenam untuk cergas, dan untuk bersukan, anda kena cergas.

 

Senaman orang ramai pada masa ini ialah berjogging sahaja. Ia bukanlah senaman yang terbaik untuk semua orang (dan bukanlah tidak baik langsung). Anda sebenarnya dapat memanfaatkan lebih lagi kalau anda berlatih dengan bebanan di gym.

 

Membina otot akan meningkatkan metabolisme badan anda dengan lebih berkesan berbanding senaman lain. Apabila otot anda bertambah, maka bertambah juga kegunaan tenaga harian. Dengan kata lain, anda akan bakar lebih banyak kalori daripada orang yang kurang berotot. Bukan itu sahaja, senaman yang membina otot turut membina kekuatan tulang, sendi, dan meningkatkan tahap imunisasi badan.

 

 

Siapa Patut Bina Badan?

Semua orang patut pergi ke gym, tidak semestinya untuk membina badan, tetapi bersenam dengan bebanan. Apabila anda mengangkat beban, secara tidak langsung anda akan membina otot. Jangan ingat membina otot kena minum protein bagai, angkat berat-berat. Tidak, misi kita adalah untuk bersenam dengan bebanan supaya memberi stimulasi tumbesaran pada otot.

 

Diingatkan juga, perempuan sangat digalakkan untuk pergi ke gym dan berlatih dengan beban. Mereka sangat keperlukan latihan bebanan. Memandangkan sekarang ramai wanita yang berkerja, mereka kurang aktif dan jarang bersenam. Ini dipanggil sedentary lifestyle. Berbahaya pada wanita (dan lelaki) kerana mereka lebih cenderung untuk mendapat kondisi tulang rapuh.

 

Orang yang sudah berumur juga patut pergi ke gym dan berlatih dengan bebanan. Jangan terkejut kalau anda pergi ke gym selepas ini dan melihat mereka yang veteran memiliki badan yang jauh lebih baik daripada pemuda sekarang. Kenapa boleh jadi begini? Mereka sedar kepentingan senaman dan memiliki badan yang cergas. Adakah anda memiliki pemahaman yang sama?

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: