Perbandingan lat pulldown terhadap perkembangan otot

Untuk mendapatkan otot belakang yang baik, anda tidak akan pernah sesekali meninggalkan satu senaman yang diberi nama lat pulldown. Boleh dikatakan yang senaman ini adalah wajib! Cuma, terdapat satu kemusykilan, variasi lat pulldown yang mana yang paling bagus?
Pernahkah anda menonton satu video Sam Sulek yang mengatakan underhand pulldown (posisi seperti chin up) adalah amat baik untuk otot bisep? Biar betul? Pergerakan menarik sebegitu dapat membina otot bisep dengan sangat optimum?
Nah, mari kita sama-sama lihat, apakah perbezaan antara variasi-variasi lat pulldown yang ada.
Lat pulldown ke depan badan adalah yang paling optimum
Sperander dan lain-lain (2009) telah mengkaji tiga jenis pulldown, iaitu:
- Pulldown depan kepala
- Pulldown belakang kepala
- V-bar
Jika anda tidak tahu apa itu pulldown belakang kepala, tekniknya adalah seperti berikut:
Nah, pengkaji mendapati pulldown yang belakang kepala ini perlu dielakkan sama sekali kerana pengaktifan ototnya tidak setara dengan pulldown depan kepala dan v-bar pulldown.
Jadi, kesimpulan daripada kajian ini juga, anda perlu mengutamakan pulldown depan kepala dan diiringi dengan pulldown mengunakan v-bar. Nescaya, hasilnya adalah lebih optimum.
Sekarang, bagaimana pula dengan pulldown yang posisi pergelangan tangan di bawah bar seperti berikut:
Sesetengah orang menganggap senaman ini kian dilupakan, tetapi kepentingannya tidak boleh dinafikan.
Underhand pulldown
Dalam satu artikel di Mikolo Fitness mengatakan bahawa underhand pulldown ini sangat baik untuk bisep kerana pergelangan tangan yang berada dalam posisi supinasi (tapak tangan mengadap muka kita).
Sebelum itu, memanglah mana-mana variasi pulldown akan menyasarkan otot belakang (latissimus dorsi), tetapi kelebihan yang terdapat pada underhand pulldown ini adalah berapa kuatnya ia menyasarkan otot bisep.
Menurut Brian Sutton, pengaktifan otot bisep ketika melakukan pulldown adalah bergantung pada betapa keluasan pergelangan tangan kita ketika memegang bar. Sekiranya kita memegangnya secara rapat (narrow), itu akan lebih menyasarkan bisep, manakala luas (wide) pula adalah lebih kepada lat.
Kesimpulan
Untuk memvariasikan pengaktifan otot antara lat dan bisep, anda boleh mempertimbangkan untuk menukar bentuk grip.