Projek Video

Sejak dua menjak ini, saya sibuk dengan video dan kurang mengarang blog. Saya dah siapkan beberapa video. Baru belajar buat video, jika ada apa-apa kekurangan boleh bagitau. Mungkin akan datang boleh buat lebih baik.

2 Video pertama ini adalah video daripada siri 7×7, program saya sebelum ini yang menyasarkan 100 subjek. Dalam video adalah Pee dan Amran.

Kursus Kecergasan 2024

2 video berikut pula merupakan video Diane Sera yang mencuba latihan Orang Kuat. Saya sasarkan Diane Sera untuk sertai Strongwoman Singapore 2013 nanti.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

5 thoughts on “Projek Video

  1. ada dalam pasaran ke x nie..
    huhu

  2. salam…dato saya nak tahu adakah pengambilan danabol dapat dikesan melalui medical check up biasa,?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: