Tahniah YB Hannah Yeoh atas lantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia di bawah kerajaan perpaduan. Semoga YB dapat membawa imej sukan negara ke tahap tinggi.
Banyak lagi kita ketinggalan dalam bidang sukan. Kita tiada pingat emas sukan Olimpik. Kita tak pernah masuk Piala Dunia bola sepak. Dalam masa sama, diharap dapat bantu sukan Strongman sekali. Selamat bertugas.
Ikhlas daripada Zaki Khan Strength Sifoo Academy NASC
Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.
Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.