Rate of Perceived Exertion

RPE atau Rate of Perceived Exertion, melibatkan skala pertanyaan. RPE sebelum ini banyak digunakan dalam bidang perubatan untuk melihat tahap kesakitan, berdasarkan respon pesakit. RPE juga dipanggil Talk Test dalam sesetengah kes. Kini ia digunakan secara meluas dalam bidang kecergasan. Dalam latihan kekuatan, ia di popularkan oleh Mike Tuchscherer melalui program Reactive Training System.

RPE biasa digunakan dalam latihan aerobik, dimana kita nilai, atau sebagai seorang jurulatih, kita tanya mereka yang dilatih, apa tahap kesukaran daripada 1 hingga 10. Mereka akan respon mengikut sekala yang difikirkan mereka. Kaedah ini mungkin tak berapa tempat tapi boleh dijadikan rujukan untuk menentukan adakah mereka bakar lemak atau tidak.Kursus Kecergasan 2024

Contoh RPE dalam latihan kekuatan:

“Mungkin boleh 3 lagi ulangan” – RPE 7.5
“Saya yakin boleh buat 2 kali lagi” – RPE 8
“Saya yakin boleh buat 1 kali lagi” – RPE 9
“Mungkin boleh buat 1 kali lagi” – RPE 9.5

Perbezaan perkataan yakin dan mungkin memberi perbezaan RPE. RPE mungkin agak sukar digunakan untuk orang biasa. Ia lebih kepada atlet. Melalui kaedah RPE ini, kita dapat jangkakan kekuatan maksima kita. Cuba lihat jadual di bawah.

Skala RPE

Dengan menggunakan skala ini, sebenarnya atlet boleh mengurangkan tekanan nak cecah kekuatan maksima setiap kali. Tak semestinya kena latih RPE 10 setiap kali. Kaedah ini dapat menghasilkan data yang lebih konsistan. Jika mengikut latihan biasa, kita mengangkat beban yang sama untuk 1 jangka masa mengikut program yang dibuat. Akan tetapi dengan RPE, ia mungkin berubah-ubah. Bermaksud di sini, jika anda perasan, ada hari yang ada boleh angkat lebih baik berikutan beberapa faktor. Ada hari yang mungkin lebih teruk.

Cuma masalah paling besar, adalah atlet mengambil masa yang lama untuk mahir menggunakannya. Bukan mudah nak biasakan. Ia juga lebih sesuai untuk bebanan tinggi, dan kurang untuk bebanan rendah ulangan tinggi.

Mike Tuchscherer
Mike Tuchscherer

Rujukan
http://www.reactivetrainingsystems.com/Home/Main

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: