Resolusi Weightloss & Fitness 2022: Ini Sedikit Kritikan dan Tips Untuk Anda

Resolusi weightloss & fitness 2022 : Ini sedikit kritikan dan tips untuk anda
Disclaimer: Penggunaan Bahasa untuk artikel ini agak kasar. Sediakan tisu.
Kita semua ada resolusi masing-masing. Dan, kebanyakkan antara kita agak ‘gagal’ untuk melunas lebih 60% resolusi kita pada tahun tersebut. Nak buat macam mana, adakala faktor luaran jua terkadang menjadi tembok divider untuk anda capai apa yang anda nak.
Kadang, kita ‘salahkan’ faktor lain selain kita sendiri sebagai penghalang (Yang baca termasuk saya lah yang selalu salahkan orang lain)
Tapi, jika resolusi anda pada tahun ini adalah kecergasan/soal nutrisi. Maka, silakan baca artikel ini sekejap. Ini adalah kritikan kepada kenapa resolusi anda tidak menjadi, serta sedikit tips picisan tentang cara untuk menikmati weight-loss journey atau journey untuk menjadi ‘fit’
Sebab kenapa resolusi anda sentiasa terbantut seperti otak anda
1)Terus kepada cabaran ekstrem seperti ‘cut’ makanan secara 100%
Saya tak dapat brain bilamana wujud cabaran ‘bangang’ yang menyuruh anda cut sebahagian makanan yang biasa anda makan. Ok saya faham kalau nak cut soda atau berjajan mungkin ideal untuk anda yang ada masalah diabetes.
Namun nasi yang merupakan palate tekak asia sekali pun anda nak cut? Roti pun saya tak berani cut sebab itu pre-workout food saya.
Here’s a thing. At the end of the day, weight loss anda hanyalah bersifat ‘short-term’ saja apabila anda cut makanan yang anda biasa makan. Lambat-laun, anda akan craving jua dan anda akan makan. Anda akan bernasib baik jika anda dapat kekalkan berat
Sebilangan diantara kita berpotensi naik balik berat akibat ‘binge’ makanan yang mereka ‘cut’. Kenapa? Ya, sebab cut secara 100%.
Short-term restriction hanya menyebabkan anda lebih craving lagi makanan yang anda selalu makan. Kerana itu disarankan untuk ‘limitasi’ kan. Bukan cut!
Sedikit fakta, kebanyakkan mereka yang berjaya menurunkan berat juga akan berjaya menaikkan berat mereka kembali. Dianggarkan sebanayk 95% gagal untuk maintain berat mereka.
Saya sendiri ada masa makan makanan terproses untuk kebanyakkan masa. Yang penting adalah lifestyle behaviour anda yang main peranan. Kalau jaga makan tapi tak suka makanan tu, lambat laun anda akan gagal. Implementkan Flexible Diet dalam diri anda.
2) Latihan anda tak jelas matlamat (Buat kardio untuk badan cantik. WTF?)
Berapa ramai yang berlatih tapi takde hasil yang dia nak? Rasanya ramai. Lebih menyedihkan, ramai diantara kita buat latihan berasaskan kardio tapi nak badan cantik macam actress Hollywood
Saya tak salahkan anda. Mungkin anda tak tahu. Tapi, jika tujuan anda untuk peroleh lekuk badan yang estetik dan menarik. Anda PERLU berlatih bebanan. Saya ulang, Latihan Bebanan
TIPS: Anda boleh mulakan dengan program Upper/Lower Split, Push Pull Leg, atau Full body untuk 3-4 kali seminggu.
Jika anda punyai kewangan, hire seorang koc adalah shortcut untuk anda pelajari selok-belok
P.s: Anda boleh dapatkan Coach dibawah NASC untuk bimbingan anda.
P.s: Hire saya pun boleh :p
3) Banyak dengar nasihat/tips tak berguna di kebanyakkan laman sesawang/ group diet fb
Kebanyakkan kita terlalu dikonsumsi dengan pelbagai tips. Dan ada satu masalah di sini. Kita akan terjumpa banyak tips sampah yang bercanggah antara satu sama lain.
Contoh, anda akan jumpa Dr yang kata nasi boleh makan semasa diet. Tapi, pada masa sama anda jumpa juga Dr lain yang kata nasi penyebab kegemukan (Ya, ada. Saya pernah jumpa Dr ni di FB)
Anda pun pening nak pilih yang mana satu yang patut dipegang. Sekejap nak makan nasi, sekejap taknak makan nasi. Sekejap nak buat keto, sekejap nak beli ubat kurus. Last-last apa pun tak jadi
Tips: Biasakan untuk berfikiran lebih kritikal. Dan anda perlu lebih peka dengan kertas kajian yang diterbitkan. Tak semua Dr up-to-date soal kertas kajian (Dan ada juga diantara mereka mempunyai bias mereka yang tersendiri).
Di blog StrengthSifoo, penulis akan cuba untuk memberi jawapan anda berdasarkan ‘evidence-based research’ yang terkini. Maka, daripada anda baca tips diet di laman sesawang gossip yang mana penulisnya sendiri ada masalah untuk lose weight, baik anda timba ilmu di sini.
Konklusi
Saya doakan perjalanan weightloss/bina otot anda berjalan lancar. Kerapkan mencari sumber yang ada kredibiliti untuk anda mempelajari sesuatu dengan baik.
Ayuh!