Jasques Sayagh – Ahli Bina Badan Gelandangan yang Berumur Hampir 60 tahun dari Perancis

Jasques seorang ahli bina badan yang tidak mempunyai rumah dan tidak menggunakan peralatan gim untuk latihan bebam

Jasques Sayagh ialah seorang ahli bina badan dari Perancis. Beliau merupakan seorang gelandangan yang hidup di jalanan. Badan beliau sangat cantik seolah-olah seperti ahli bina badan profesional yang pergi ke gim setiap hari!

Menariknya, beliau tidak mempunyai barangan gim yang mewah seperti dumbbell, barbell dan sebagainya. Beliau hanya melakukan senaman menggunakan badan sendiri sebagai beban (bodyweight) dan resistance band. Diet beliau, hanya memakan kacang hijau dan kubis. Beliau tidak mampu untuk pergi ke gim, maka beliau gunakan apa sahaja yang ada meskipun di jalanan.

Bak kata Bruce Lee, “Absorb what is useful, Discard what is not, Add what is uniquely your own.

Terapkan apa yang berguna dan efektif, buang apa yang tidak berguna untuk kita dan tambah baik apa yang patut supaya kita terus maju dan maju.

Seperti Sayagh, kita boleh sahaja untuk membina badan hanya menggunakan badan sendiri dan resistance band, cuma mahu atau tidak mahu sahaja. Sekiranya kita mahu, terdapat pelbagai metod yang boleh digunakan untuk membesarkan otot. Sekiranya Sayagh boleh melakukannya, maka apa alasan kita?

Mungkin, kita boleh ambil pengajaran bahawa di rumah sahaja kita boleh melakukan latihan beban dan menuaikan hasil yang baik. Bayangkan, sekiranya individu seperti Sayagh ini diberikan segala kemudahan di gim. Mungkin badannya lebih dahsyat lagi!

Sayagh banyak melakukan tekan tubi (push up) dan pull up untuk membesarkan otot lengan. Untuk bisep pula, beliau menggunakan resistance band untuk melakukan curl. Apabila beban yang digunakan itu sangat terhad, sudah pasti Sayagh melakukan senaman-senaman berkenaan dengan pengulangan (reps) yang tinggi.

Kursus Kecergasan 2024

Untuk membesarkan otot, maka kita perlu berikan cabaran yang sepatutnya pada otot. Dalam konteks Sayagh, beban yang ada sangatlah terhad. Maka, beliau hanya perlu memanipulasikan pengulangan dan variasi senaman. Contohnya, push up. Janganlah sekadar melakukan push up biasa sahaja, lakukan juga pelbagai variasi push up yang lebih mencabar seperti archer push up, diamond push up dan sebagainya. Lebih banyak cabaran, lebih besarlah otot kita!

Bukan sahaja itu, sekiranya kita sudah biasa dengan bilangan tertentu, maka tambahlah ia. Kita mampu melakukan push up sebanyak 20 reps misalnya. Kita cabarlah diri kita untuk capai 30 dan seterusnya. Maka, otot lebih membesar hasil daripada cabaran yang diberikan kepadanya. Proses ini berterusan dan berterusan. Sekiranya otot kita hanya melakukan kerja yang biasa dibuat, maka otot kita tidak akan membesar kerana sudah terbiasa. Proses adaptasi memerlukan cabaran.

Kesimpulannya, lakukanlah latihan beban dengan apa sahaja yang ada di hadapan kita. Ada resistance band, gunakan. Tidak ada, lakukan senaman kalistenik seperti squat dan sebagainya. Janji, kita lakukan. Jangan asyik memberi alasan seperti tidak mampu ke gim dan lain-lain. Sayagh boleh lakukan, kenapa tidak kita? Ayuh!

 

Rujukan

  1. How this homeless bodybuilder’s simple street training turned him into a beast. https://www.joe.co.uk/fitness-health/what-we-can-learn-from-this-homeless-bodybuilders-incredible-street-training-64126
  2. Meet The Homeless Bodybuilder Who Gets Ripped On The Streets Of Paris. https://www.businessinsider.com/homeless-paris-bodybuilder-2014-12
  3. Jacques Sayagh – The Homeless Bodybuilder from Paris. https://www.fitnessandpower.com/fitness-stories/videos/jacques-sayagh-the-homeless-bodybuilder-from-paris
  4. The Homeless Bodybuilder – Jacques Sayagh. https://rosstraining.com/blog/2014/12/the-homeless-bodybuilder-jacques-sayagh/

Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: