Senaman Bagi Ketahanan Penunggang Motor
Semasa anda menunggang motorsikal, anda meletakkan postur badan anda dalam satu posisi yang kurang natural, lebih-lebih lagi apabila anda menunggang motorsikal jenis sport. Mula-mula mungkin berasa tak selesa, tapi lama-lama akan berasa seperti biasa sahaja.
Tetapi, apa jadi kalau lagi lama nanti? Banyak kes yang saya jumpa (dari kalangan riders) yang datang ke pusat fisioterapi mengadu sakit belakang, leher, dan juga pergelangan tangan. Kenapa jadi begini?
Apa Yang Berlaku
Bagi penunggang motorsikal, jenis apa-apa pun biasanya boleh mendatangkan kesan yang sama. Cuma, lambat atau cepat sahaja. Maksud saya, yang menggunakan jenis supersport mungkin akan rasa lebih cepat untuk lenguh belakang berbanding yang jenis sport touring. Tetapi, apa jenis pun boleh menyebabkan anda mengalami masalah-masalah yang sama kalau anda tidak mencuba untuk menguatkan otot postur badan anda.
Pinggang
Bahagian lower back anda akan berada dalam posisi membongkok untuk “merehatkan” bahagian-bahagian badan yang lain. Meskipun ia merehatkan, otot lowerback anda pula yang terpaksa menampung stress yang tinggi. Dan, membongkok terlalu lama boleh membuka ruang disc pada tulang belakang. Sebab itu, ramai riders mendapat masalah flat back dan juga slipped disc.
Leher
Untuk bahagian leher, kebanyakan masa leher anda akan berada dalam posisi hyperextended ataupun mendongak. Ada dua kesan yang boleh berlaku, samada lama-lama nanti anda boleh mendapat kondisi seperti spondylosis atau spondylolisthesis, dan juga postur badan anda menjadi sesuatu yang kita panggil protruded neck (kepala ke hadapan kerana tulang belakang bahagian leher terlebih lengkung – hyperlordosis).
Pergelangan Tangan.
Tangan yang menahan throttle lama-lama akan menjadi lenguh, dan mungkin sekali berasa kebas-kebas. Di pergelangan tangan bahagian bawah, ada satu rongga (dipanggil Carpal Tunnel) di mana urat saraf dan otot-otot melalui kawasan ini. Memulas throttle boleh menghimpit bahagian ini, dan jika tidak diregangkan selalu, boleh mendorong kepada satu sindrom dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome (sakit dan kebas bahagian tapak tangan – biasanya ibu jari sampai ke jari hantu – dua jari yang memegang brake lever).
Senaman Yang Digalakkan Untuk Dibuat
Saya kongsikan beberapa senaman yang digalakkan untuk menguatkan pinggang, leher, dan pergerlangan tangan. Senaman mewakili senaman untuk menguatkan dan senaman untuk meregangkan otot. Senaman-senaman ini sesuai dilakukan bagi mereka yang belum mempunyai sebarang masalah sakit badan. Bagi yang mempuyai sakit badan kronik (sakit pinggang, kebas, dan lain-lain), anda disarangkan untuk dapatkan nasihat doktor dahulu atau berjumpa dengan ahli fisioterapi yang bertauliah.
Pinggang
Bridging
Lying hyperextension
Deadlift
Hip flexor stretching
Leher
Neck stretching
Neck retraction
Pergelangan Tangan
Dumbbell wrist curls
Wrist stretching