Squat Penuh vs Squat Separuh 2

Hari ini saya nak bercerita tentang squat. Boleh kata ia merupakan senaman popular dan tidak popular. Tidak popular bagi mereka yang takut kesan kesakitan selepas itu. Squat adalah senaman yang bagus untuk kekuatan dan hipertrofi bahagian bawah badan.

Topik hari ini berkisar tentang kedalaman squat. Apa perbezaannya apabila kita bandingkan squat separuh dan squat penuh? Terdapat 1 kajian yang menggunakan 17 subjek yang tidak dilatih. Kumpulan ini dibahagi 2. Squat penuh iaitu sekitar 140 darjah dan squat separuh 90 darjah bengkok pada lutut. Subjek melakukan 3 set squat pada 80 hingga 90 peratus daripada 1RM. Beban ditambah 5kg apabila subjek boleh melakukkan 3 set 8 ulangan.

Pengkaji mendapati perubahan yang signifikan pada otot glute atau pun punggung dan otot adductor, bahagian dalam peha pada kumpulan yang buat squat penuh jika dibandingkan dengan squat separuh. Tiada perubahan besar pada otot rectus femris dan hamstring pada kedua-dua kumpulan.

Kajian ini menunjukkan kumpulan otot adductor terlibat secara besar dalam pergerakan squat dan squat bukan senaman yang baik untuk membentuk otot hamstring. Otot adductor magnus merupakan otot adductor yang terkuat dalam pergerakan pinggul.

Kajian
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31230110/

Tengok juga entri sebelum ini
https://strengthsifoo.com/squat-penuh-vs-squat-separuh/

Kursus Kecergasan 2021

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: