Floor Press: Adakah Ia Membantu Meningkatkan Prestasi Bench Press?

Floor press merupakan variasi press yang anda boleh lakukan untuk menguatkan otot trisep

Mungkin anda sudah mencapai kapasiti maksimum dalam melakukan senaman bench press. Jadi, sekarang anda sudah bingung, bagaimana hendak meningkatkan prestasi bench press?

Maksimum bench press anda adalah 120kg. Untuk mengangkat 125kg itu sangat susah. Padahal, jurangnya sedikit sahaja. Apa yang menjadi masalah?

Ada beberapa teori. Cuma, saya akan cadangkan kepada anda bahawa anda perlu melakukan senaman-senaman lain yang secara tidak langsung membantu prestasi bench press anda.

Satu senaman yang menjadi fokus artikel ini ialah: Floor press.

Floor Press

Floor press membantu menguatkan otot trisep anda dengan sangat signifikan. Pergerakan ini tidak memberi fokus utama pada otot dada kerana julat pergerakannya yang agak pendek.

Floor press, sama seperti bench press dan dumbbell press. Cuma bezanya, pada tempat yang kita baring itu.

Floor press, kita hanya perlu lakukan bench press, tetapi baring di atas lantai. Bukan di atas bench.

Disebabkan kita baring di atas lantai, julat pergerakan tangan kita melakukan “pressing” tersebut akan pendek dan kurang perlenturan pada otot dada.

Bukannya bermakna otot dada kita tidak terkesan langsung, tetapi tidak begitu signifikan. Dada tetap juga terkesan tetapi secara tidak langsung.

Bagaimana cara-cara untuk melakukan senaman ini?

Mudah sahaja. Anda hanya perlu baring di atas lantai. Floor press ini, anda boleh menggunakan barbell atau dumbbell. Terpulang kepada anda.

Apabila anda press, anda perlu melenturkan otot dada supaya ia mendapat kesan. Lalu, turunkan beban pada aras 45 darjah siku anda.

Pergerakan ini memberi kesan paling utama pada otot trisep.

Bench Press

Bench press sebenarnya merupakan pergerakan yang menyasarkan beberapa otot seperti dada, trisep, bahu, belakang, teras badan dan lain-lain.

Mungkin boleh jadi, prestasi bench press anda tidak meningkat kerana otot trisep anda tidak sekuat otot dada anda.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu melatih otot yang lemah itu dengan senaman khusus.

Dalam konteks ini, floor press dapat membantu anda. Bukan sekadar ia membantu dari segi menguatkan otot trisep, akan tetapi ia juga mengekalkan pergerakan bench press tersebut.

Dengan julat pergerakan yang pendek, anda boleh mengangkat beban lebih berat. Contohnya, anda ingin melakukan bench press dengan beban 125kg, jadi anda boleh membiasakan diri dengan beban sedemikian melalui floor press.

Apabila floor press anda mantap, anda boleh beralih kepada bench press dengan beban tersebut. Sudah pasti otot anda sudah mengadaptasi dengan beban itu.

Maka, lebih mudahlah anda beransur maju pada beban tersebut dalam bench press pula.

Rujukan

  1. Dumbbell Floor Press Video Exercise Guide. https://www.muscleandstrength.com/exercises/dumbbell-floor-press.html
  2. How To Do The Floor Press — Benefits, Variations, And More. https://barbend.com/floor-press/
  3. 5 Benefits Of The Floor Press That Make It Worth Training. https://barbend.com/benefits-of-floor-press/
  4. How To Do The Floor Press. https://www.coachmag.co.uk/chest-exercises/8000/how-to-do-the-floor-press
  5. Floor Press: How-To, Benefits, & Should You Do It? https://powerliftingtechnique.com/floor-press/
Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: