Supplement Bina Badan Membantu Atau Tidak?

Saya sekarang selalu buat siaran langsung di aplikasi TikTok. Dalam ketika saya sedang bersembang-sembang dalam siaran langsung itu, muncullah banyak soalan berkaitan kecergasan (samada untuk membina otot atau berdiet). Soalan-soalan yang diajukan, ada yang menarik, ada yang mencabar kesabaran.

Antara soalan (atau kenyataan) yang saya terima adalah berkaitan ketidak-keberkesanan sesuatu produk yang pengguna tersebut telah beli (tak kira daripada sesiapa pun – jenama tempatan ataupun antarabangsa). Jadi, sebagai seorang “sahabat” atas talian kepada semua penggemar kecergasan, saya pun mulalah sedikit kaji selidik terhadap masalah tersebut.

Sebelum kita teruskan, jika anda belum ikut saluran TikTok saya, cepat-cepatlah tekan butang “Follow” kerana saya banyak berkongsi melalui video di sana.

Kursus Kecergasan 2024

Sekali Dah Kaji, Rupanya Inilah Punca Dia!

Anda tahu atau tidak sebab kenapa beliau kata tak berkesan (supplement yang beliau beli)? Rupa-rupanya beliau baru menggunakan supplement tersebut lebih kurang dalam 3 hari sahaja. Manalah sempat nak nampak kesan apa-apa. Dia ingat pakai harini, esok boleh terus sado gamaknya.

Nasib baik saya jauh dan hanya boleh berkomunikasi melalui siaran langsung TikTok. Kalau dekat-dekat, rasanya boleh bagi RKO sekali (peminat gusti professional di sini – lagi-lagi Dwayne “The Rock” Johnson).

Tak Semua Supplement Bagi Kesan Ajaib

Betul, bukannya semua supplement itu fakta. Banyak yang auta, tapi dalam banyak-banyak yang ada, semuanya bukan beri kesan ajaib secara segera. Yang berikan kesan sebegitu biasanya adalah ubat (dadah sukan). Itu pun sama, ambil masa juga untuk nampak kesan yang ketara.

Untuk beri peluang kepada supplement-supplement baru yang anda pakai, bagilah sedikit masa untuk suplement tersebut bertindak dalam badan anda. Sekurang-kurangnya, berikan masa dalam 2 minggu penggunaan sebelum anda buat keputusan untuk meneruskan penggunaan supplement tersebut ataupun tidak.

Paling penting, kalau anda gunakan supplement yang baru, kalau boleh cuba ketepikan supplement yang lain (selain protein – sebab protein dikira sebagai makanan). Kenapa? Sebab anda nak tengok betul-betul samada supplement baru yang anda guna itu beri kesan ataupun tidak. Jika anda campur-campur supplement pekbagai jenis dan fungsi (atau dengan fungsi yang hampir sama), susah anda nak kenalpasti supplement mana yang berkesan untuk anda, mana yang tidak.

Sama macam ubat yang doktor bagi untuk meraweat sesuatu penyakit. Andai kata anda ada sakit darah tinggi dan doktor berikan satu ubat untuk mengawal tekanan darah anda, dan satu hari ada keluar stok ubat baru yang dikatakan lebih berkesan untuk membantu masalah anda. Doktor tersebut tak akan bagi kedua-dua sekali jalan. Beliau akan hentikan dahulu satu dan cuba yang lagi satu. Barulah beliau boleh nilai yang mana terbaik untuk anda.

Ada yang nak baca tentang supplement? Tekan sahaja di sini.

Bagi Peluang Dengan Masa

Selepas ini, jika anda nak gunakan sebarang supplement untuk tingkatkan prestasi atau meningkatkan kualiti komposisi badan, pastikan anda tidak bernafsu gelojoh. Anda kena bersabar sepanjang penggunaan supplement tersebut.

Paling penting ialah penggunaan supplement tersebut haruslah disulam bersama dengan latihan yang mantap, rutin pemakanan yang baik, dan rehat yang cukup. Jika anda tak menjaga benda asas ini, supplement yang anda guna tidak akan mendatangkan faeda. Ia hanya akan menipiskan dompet anda.

Supplement tetap berada di tangga terakhir dalam kembara latihan anda. Jangan pentingkan atau wajibkan penggunaan supplement untuk mencapai sasaran anda. Namanya pun supplement, yang membawa maksud sebagai tambahan. Tak semua tambahan itu baik, tapi kalau anda mampu menambah, maka lakukan.

Cuma, kalau nak tambah isteri, kena fikir masak-masak dahulu. Kuat mana pun anda deadlift, kemarahan isteri jangan dibuat main.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: