Jenis Supplement Untuk Orang Baru Mula

Aiman Radzi - Jenis Supplement Untuk Orang Baru Mula

Bagi orang yang baru mula untuk berlatih di gym, selalunya mereka akan bertanya tentang supplement yang sesuai untuk mereka. Ataupun, mereka akan beli sahaja supplement di kedai, balik ke rumah, ambil gambar dan pos ke Facebook dengan caption “Ini okay tak untuk bina otot?”. Siapa yang ada di dalam group Bina Badan Malaysia (di Facebook) akan paham maksud saya!

Jadi, saya akan bantu anda untuk tentukan supplement apa yang berguna untuk anda, dan mengikut urutan lagi daripada yang paling penting kepada yang kurang diperlukan. Jenama tidak akan dinyatakan.

Kursus Kecergasan 2024

1- Whey Protein

Saya nyatakan di sini, whey sebenarnya sama sahaja dengan mass. Yang membezakan mereka adalah kandungan kalori yang lebih tinggi dalam mass. Lebih baik anda ambil whey sahaja, samada untuk bulking mahupun cutting. Kalori yang tinggi daripada mass biasanya hanya gula. Anda boleh ambil whey dan dapatkan kalori setinggi mass dengan menambah bahan-bahan anda tersendiri. Atau, makan sahaja lebih seperti nasi, roti, kentang, dan lain-lain.

2- BCAA

Kalau anda tak dapat nak beli protein, BCAA pun boleh menggantikan tempatnya. BCAA adalah sejenis protein (sebenarnya tiga jenis protein) yang sangat penting untuk membina otot. Selepas anda berlatih, otot-otot anda mengalami kerosakan kecil. Di sini datangnya peranan BCAA untuk merangsang pembaikpulihan otot-otot tersebut supaya mereka menjadi lebih besar. BCAA terdapat dalam whey protein dan makanan-makanan berprotein yang lain. Anda boleh pilih samada hendak beli whey ataupun BCAA. Kalau ada duit lebih, beli dua-dua.

3- Creatine

Ini dikira supplement paling murah di pasaran, menjadikannya satu kemestian pada semua orang. Melainkan anda ada masalah buah pinggang dan masalah-masalah kesihatan lain, creatine sangat selamat digunakan. Cukup dengan mengambil 5g setiap hari (sebesar sudu teh sahaja), sebotol creatine bersaiz 1kg boleh bertahan sangat lama! Itu kalau anda ambil setiap hari, sedangkan orang kadang-kadang ada terlupa nak ambil, atau ada rest daripada creatine sekejap. Lagi lama tahannya supplement ini! Nak tahu apa fungsi creatine? Cuba baca entri 5 Sebab Anda Patut Ambil Creatine.

4- Pre-Workout

Ambil preworkout kalau anda betul-betul perlukan sahaja. Maksud perlukan adalah jika anda punyai lebih wang dan badan anda memag tak boleh go semasa latihan serta perlukan tenaga lebih. Pre-workout yang mengandungi caffein dan beta-alanine adalah pilihan utama saya. Tahap tenaganya memang memukau. Tetapi, ia bukanlah supplement wajib. Malah, selalu menggunakan pre-workout boleh menjadikan anda bergantung padanya, ataupun buat anda imun dengan supplement tersebut. Jadi, anda kena ambil lebih banyak skop pre-workout untuk ia berkesan.

5- Fat Burner

Supplement yang berada di tangga terbawah. Fat burner bukanlah ubat ajaib yang mencairkan lemak-lemak ada. Untuk membakar lemak, anda kena mulaka dengan memperbaiki pemakanan anda dan fahamkan konsep pemakanan yang betul. Kalau anda hendak mulakan fasa cutting dengan membeli fat burner dahulu, ketahuilah anda sedang melangkah dengan kaki kiri (maksudnya salahlah). Fat burner hanya membantu dengan memberikan tenaga dan menaikkan metabolisme. Ia tidak membakar lemak seperti namanya (kecuali ubatan-ubatan berbahaya untuk kesihatan seperti DNP yang boleh membawa maut jika tersalah guna). Yang mencairkan lemak adalah pemakanan yang betul dan senaman yang dilakukan dengan baik. Fat burner hanya membantu sahaja.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: