Tahniah Syed Saddiq

Tahniah diucapkan pada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru. Beliau merupakan menteri termuda pernah dilantik di dalam kabinet Malaysia pada usia 26 tahun 6 Disember nanti. Bermaksud masih berusia 25 tahun.

Saya harap dengan lantikan beliau, Sukan dapat dinaikkan di Malaysia. Diharapkan beliau tidak jadi seperti Khairy Jamaludin KJ yang bergambar di sana sini. Kita dah ada pelbagai kemudahan sukan, tapi sehingga kini tiada pingat emas dalam olimpik.

Saya juga berharap beliau dapat bantu naikkan sukan Orang Kuat di Malaysia. Sukan Orang Kuat kini sedang berkembang naik dan mendapat tempat di kalangan rakyat terutama yang ke gimnasium bersenam.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: