Teh Hijau Untuk Bakar Lemak

Betulkan teh hijau mampu mendatangkan kesan idaman ini iaitu pembakaran lemak? Ada yang percaya, ada yang tidak. Kesilapan ramai orang adalah mengambil inisiatif teh hijau ini dengan harapan ia mendatangkan kesan ajaib. Maksud saya, minum teh hijau tapi bersenamnya tidak, makan pula tak terjaga. Ini bukan cara sebenar penggunaan teh hijau. Konsep asas pembakaran lemak harus diterapkan sebelum menggunakan sebarang inisiatif lain untuk mempercepatkan proses ini.

Kursus Kecergasan 2024

Kenapa Dengan Teh Hijau?

Teh hijau adalah antara minuman kesihatan yang berkesan dan berbaloi untuk diminum selalu. Ia diambil daripada daun camelia sinensis dan dikatakan mampu membantu semua organ dalam badan kita. Ia boleh menjaga kesihatan jantung, hati, melancarkan peredaran darah, melawan kanser, anti-diabetik, dan juga boleh membakar lemak.

Teh hijau mengandungi sedikit kandungan kafein. Maksudnya, teh hijau boleh jadi minuman untuk merangsang sistem saraf anda. Tetapi, ia tidak terhenti di situ. Teh hijau turut mengandungi theobromine dan theophylline, di mana dua bahan kimia ini mampu merendahkan tekanan darah, merehatkan saluran pernafasan, dan merangsang jatung kita.

Aiman Radzi - Teh Hijau Untuk Bakar Lemak

Macam Mana Boleh Bakar Lemak?

Salah satu kesan teh hijau adalah carb-blocking, di mana kesan ini, apabila dipasangkan dengan peningkatan metabolisme melalui meminum teh hijau, menjadi minuman kesihatan ini satu pilihan yang baik dalam proses menurunkan berat badan. Masalahnya, ramai daripada kita telah mendapat kafein yang banyak seharian melalui minuman-minuman seperti kopi dan teh. Jadi, ini menyahaktifkan kesan teh hijau yang kita mahu.

Kimia yang menjalankan pembakaran lemak dalam teh hijau dipanggil epigallocatechin-3-gallate (EGCG). Secawan teh hijau mengandungi 50mg sahaja, walhal untuk mendapatkan kesan pembakaran lemak, anda patut dapatkan antara 400-500mg. Banyak sungguh, bersamaan dengan meminum 6-8 cawan teh hijau sehari.

Apa yang anda boleh buat adalah dengan mendapatkan supplement yang mengandungi EGCG yang tinggi, ataupun supplement teh hijau yang betul-betul dipercayai. Cara lain adalah dengan mengurangkan pengambilan kafein seharian. Kurangkan kopi, teh, supplement preworkout, dan yang seumpama dengannya. Kemudian, ambil teh hijau seperti yang dicadangkan.

Rujukan:

TC Luoma: Tip: Drink More Green Tea, T-Nation

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: